Categories
Personal & Geeky Web & Gadget

Saya Budak Baru Belajar, Kalau Salah Tolong Jolokkan

Salah & Silap

Anda mungkin salah seorang dari mangsa kekejaman StumbleUpon.

Pada malam semalam, sedang aku meng-stumble-upon untuk mencari idea bagi project baru, aku ter-click “Login to Your Mail Accounts”. Ok, apa salahnya login account Gmail, Yahoo!, Laman7 dan CTEL. Kot-kot system ini akan memberitahu sekiranya email baru masuk.

Process tersebut mengambil masa kurang dari 1 minit. Tanpa segan silu dan membaca apa yg tertera di StumbleUpon, aku click “OK” . 2 saat kemudian, “Your invitation to your website has been sent to all the contacts”.

Masakan begini! Semua contact dari email client aku telah dihantarkan secara automatic. Berapakah jumlah email dalam sistem aku? Lebih kurang 2,000 orang mangsa ini termasuk forwarded emails, leads, client, kawan2 sekolah dan yg paling menakutkan, ayahnda & ibunda-ku.

Tetapi tidak apa, aku tidak melemparkan kata-kata kesat tanpa berfikir panjang seperti menteri-menteri kita. Dan kita semua bebas berfikir mengikut citarasa sendiri. Cuma kalau boleh, kurangkanlah menyingung perasaan orang lain 😉

StumbleUpon

StumbleUpon adalah satu website untuk ku mencari ilham dari dulu. Dianggarkan lebih kurang 108,810,358 website di dunia, jadi amat penting bagi saya untuk men-narrow-kan pencarian website canggih. Jika anda berminat untuk melihat website2 yang best, silalah join StumbleUpon. Jangan lupa nak add aku sebagai kawan.

By NoktahHitam

I am web developer, who's main concern is to save the trees. Nonetheless

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *