Categories
Serious Matters

Open Letter to Maybank

Pada 19 Ogos 2010, saya dapati akaun simpanan saya telah dibekukan. Saya telah membuat panggilan kepada pihak Maybank berkenaan pembekuan akaun. Saya diberi tahu bahawa hutang kad kredit saya belum dilunaskan. Oleh itu pihak bank akan menolak sejumlah RM 917 daripada akaun saya. Bank tidak sekalipon cuba untuk menyelesaikan cara lain, sebaliknya hanya berkata, “I’m sorry”.

Pada 21 Ogos 2010, bank telah pon menolak RM 917 dari akaun saya. Berkali-kali saya terangkan melalui telefon, bahawa jika Maybank berbuat demikian, komitmen saya terhadap pinjaman kereta, perbenlanjaan sehari, duit minyak, apatah lagi perbelanjaan menjelang Hari Raya akan terganggu.

Saya kesal dengan tindakan bank sebegini kerana;

  1. Tiada sebarang surat dihantar untuk memberi tahu tarikh pembekuan akaun.
  2. Tiada panggilan dari pihak bank berkenaan pembekuan akaun dan tunggakan kad kredit.
  3. Bank telah membekukan akaun saya, walhal itu semua adalah wang saya.
  4. Tiada sebarang ‘mutual understanding’ berkenaan penyelesaian baki.
  5. Bank telah menolak baki RM 917 daripada akaun saya tanpa persetujuan saya.
  6. Bulan depan sudah Hari Raya, tetapi saya tidak punyai wang untuk dibelanjakan.
  7. Saya telah merayu supaya tidak menolak RM 917 dari akaun saya dan meminta untuk menyelesaikan baki minimum.
  8. Bank tidak seharusnya membekukan akaun tanpa pemberitahuan atau notis.
  9. Jumlah tunggakkan adalah RM 907, tetapi dikenakan tambahan RM 10. Untuk apa, saya pun tidak tahu.

Sekarang, kerosakan telah dilakukan, wang telah dirompak dari saya. Perbuatan Maybank saling tak tumpah seperti Ah Long, di mana mereka membekukan akaun, memaksa pelanggan melunaskan hutang dan membiarkan pelanggan mengikat perut untuk menempuh seharian. Mana pergi kemanusian?

Saya terkilan, kerana sanggup syarikat gergasi yang selama ini saya setia sejak bangku sekolah lagi telah menindas orang kerdil. Apalah sangat RM 917 itu kalau dibandingkan dengan USD 1 billion untung selepas cukai yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdul Wahid.

Apakah wajar bank menindas golongan usahawan yang tidak berjaya macam saya? Bukankan ada cara lebih baik selain merompak dari akaun saya? Tidakkah Maybank boleh menyusun ansuran selama tiga bulan? Yang paling penting, mengapa menjelang Hari Raya?

Oleh itu, saya sarankan kepada masyarakat umum, jika hendak menggunakan kemudahan kredit kad, pilihlah bank lain. Janganlah anda terikat dengan Ah Long gergasi seperti Maybank.

ps: This letter was sent to all major online news publisher, utusan, harian metro, berita harian and kosmo.

pss: Share this by clicking the facebook, retweet it and like it. The public needs to know before they get roped in like I did.

By NoktahHitam

I am web developer, who's main concern is to save the trees. Nonetheless

68 replies on “Open Letter to Maybank”

Ada baca agreement tak masa bukak akaun? This kinda thing happen commonly to debtors. No point arguing, you signed it.

Nothing in their agreement that relates, credit card to savings/current account. And if they updated their agreement, it’s something beyond my knowledge. Anyway, shit happens, Maybank that is.

Pengolahan Bahasa Malaysia anda agak teruk..saya sarankan agar anda menjelaskan situasi yang ada hadapi ini dalam Bahasa Inggeris.

aku ada lebih kurang kes camni. tapi bukan maybank. hutang kad kredit aku. Seratus lebih la. Aku dah bayar. Tapi takde update. Surat masih hantar ke rumah mintak aku bayar hutang.

Nasib masa aku wat loan kat maybank, lepas. Diorang nak slip gaji. So, lepas la. Kalau tak, loan aku tak lepas hanya kerana duit seratus lebih tu..

dah 2 orang kawan saya kena, puncanya ialah sebab sangkut kredit kad maybank dan memang benar la orang dok heboh ckp maybank ni kalau ada akaun dgn dia dan at the same time guna kredit kad dia, kalau sangkut payment je mesti dia bekukan akaun

member aku kena sampai tinggal rm1 je duit gaji, menangis beb

tak tahu nak ckp mcm mana, maybank mmg kejam

Walaupun aku bekas pekerja Maybank aku sokong kau. Inilah kalau pekerja yang kurang budi bicara, Sebenarnya dalam bank ada pakai budi bicara tp dalam case kau officer ni mungkin ego. Benda boleh nego.

hutang tetap hutang.. itu maybank yg kutip hutang, dah dikira kejam. Kalau Allah kutip hutang, nak kira macam mana?

Kenapa biarkan hutang kad kredit tak berbayar? Salah bukan berpunca dari org lain, sendiri jugak.

Bank Islam pun sama jugak….saya pun pernah jugak kena deduct….kadang malas nak g beratur,,nak guna online banking pun selalu lembab……tulah… alih2, tengok baki kurang….siapa tak panas hati kan….

conclusionnya semua bank sama kot…
tak kirala yang pakai cara islam atau tak…kejenya tau duit masuk on time…kalo tak aku potong ikut suka aku…

Setuju, tetapi tade satu notis pon beritahu berape byk kene bayar. Statement bulan2 dah lame tak dapat. Last dapat 2007. Abes tu sy nak bayar mcm mane kalau jumlah pon tatau?

Jgnlah relate dengan isu agama kat sini, tade kene mengene pon.

adik aku pernah complain psl credit card die xdpt w/pun dah 2 kali apply. die cc kat wahid trs.
lps 1 week, trs dapat.

try la cc kat wahid.

semua bank sama jer kalau tak settle kad kredit. bukan maybank jer… in other words, bank2 ni semua zalim pada orang kecil tapi orang besar2 yg hutang juta2 diaorang tak buat apa2 pun… tak berani pun nak mintak…

Ed, kwn I kena mcm u jugak dgn Maybank recently, tp mortage la, bukan CC. So far I pakai RHB, PB bank klu setakat ada due 2-3K, tak penah pulak kena beku saving account, ganas betui maybank nie

bila manusia mengasingkan agama dengan cara hidup, maka dia hanya menzalimi dirinya sendiri.

sebelum mengeji CARA islam, cuba kaji selidik dahulu samada cara itu benar-benar berpandukan syariah. malang sekali, tidak ada satu pun bank yang menggunakan CARA islam yang sebenarnya. Asas kewangan islam tidak bolah menggunakan sistem kewangan fiat. maka selagi sistem kewangan fiat diguna pakai, maka kita jauh sekali dari CARA ISLAM.

Baiklah, tapi artikel ni langsung tiada unsur Agama, kalau mahukan sesuatu berunsur agama, mungkin saya tidak layak memperkatakan apa-apa. Redha dan sebarkanlah setakat mana yg patut. Bukankan doa orang teraniaya itu makbul? Maka saya doakan agar tiada manusia lagi akan ditimpa perkara sulit sebegini.

Salam pada org yg teraniaya.

Very2 simple… sahabat gaji dekat maybank kan? pergi ke Human Resource (majikan) sahabat tukar bank lain. simple… so CC dari Maybank takboleh sesuka hati sedut duit sahabat dari account baru sahabat.

OK?… perkara kedua pula… CC ni?senang je… berkeras dgn org tersebut jika dia berkeras kepada kita. sebab?CC takde guarantor … klu kita mati… free2 je hutang tu burn. 🙂 jadi… lawan dan lawan.. saya bercakap atas dasar saya keje bank… CIMB bank lagi tu… saya sangkut CC dekat maybank… dia push saya mintak bayar… abis RM3k.. saya kata itu hak saya nk bayar braper… kita lawan….

so… make sure gaji nye account dengan CC tidak sama..be careful dengan taktik2 bank ni… jgn ambik CC dengan bank yg sama dengan gaji kita..

tadaa……..

i hated maybank for the longest time ald and told everyone why i will not use their services forever. alw charging money for everything! BANNED!

last time, when u even check ur acc balance on their ATM, u can also be charged for doing so!! @#$@#^$$%^$%#!!!!!

yup..true indeed, even me the staff of maybank itself also experience the same thing. futhermore, they cut from my bonus more than the minimum amount. can u imagine? its just before raya, n my family n i were celebrating raya without new cloths n kuih raya! really cruel la maybank… they didnt nego at all, they straight away sent a letter n freeze the account.

saya pun salah sorang mangsa maybank tu..masa nk raya ritu minta wat full settlement rm6k…mendesak2 the collector sampai sehari 4-5kali sampai naik tension. rayu punya rayu…dia bagi 3 x …due date 25.10.2010. so terpaksa jugak bayar ikut jadual yg diberi, tapi pada 5.10.10 saya selesai bayar (awal dari due date la)….

yang anginnya….macam nak mampus minta release letter…..call sampai dekat 10 kali sehari…asyik mesin yg jawab. Kalau staf dia yg jawab pun…berlainan jawapan..bila tanya ada any problem ke surat tu tak kuar lagi…kata tak de…bis tu?? kata dalam 2 hari je…ni dah seminggu….pasal updated address, phone number, fax number sumer dah berkali2 bagi….sampai hari ni..dh seminggu lebih tak dapat2 lagi surat tu… masa nak tuntut hutan mengalahkan along….!!! memang sampai mati pun i will make sure tak de apa2 urusan yg mendatangkan keuntungan utk maybank…!!!

sampai dekat 20 kali call..lebih kurang dlm 5-6 kali je berjaya bcakap dgn staff remedial dept maybank….at last petang tadi dpt la release letter tu…yg sakit atinya….berkali2 dh bgtau the latest address , tel no…tapi alih2 dia letak address lama…dh tu kelabu asap jer surat yg dia fax tu…tgk2 siap dh ditandatangan kt acknowledgement….(konon2 aku yg sign)……apa hal r dgn maybank ni???

tlong advice

tq

beb problem aku sama mcm ko. Tapi kes aku lagi sadis. Keta aku pun dia tarik jugak. masa tu aku memang susah. 3 bulan x kerja. Skarang aku dah x pakai bank ni lagi. aku dah BANNED se umur hidup ku

Saya juga mempunyai masalah dgn Maybank. Dua bulan saya tertunggak bayar ansuran rumah kerana tiada kerja. Tanpa merujuk kepada saya mereka telah menghantarkan kepada saya surat peguam nak menyaman saya. Bukannya saya baru buat pinjaman tetapi sudah lebih 10 tahun saya bayar ansuran rumah. Ini lah sikap bank yang tidak prihatin terhadap rakyat.

Tak prihatin langsung! Habis tu mcm mane sekarang? Die sudah lelongkan ke? Selalunya rumah die ambil mase lama sebelum disita, 3-6 bulan. Sbb die still kasi peluang.

Kesian Kepada kita yang kerdil ni, aku baru kena ni, maybank hantar wakil agen kutipan dia, siap datang rumah hari ahad lagi, telefon usah cerita la banyak kali… walaupun pun dah 8 tahun aku pakai CC maybank ni dan 4 bulan kebelakangan ni yang tak bayar, pergh dia kejar macam ada share ngan maybank. tu tak kira dia bahasakan kita lagi. Sabar jer la. aku dalam proses mengkaji hak kita sebagai pengguna dan penyumbang pendapatan kepada maybank dengan charge2 yang dikenakan tu.
Aku tengah baca buat research sikit law site, rujuk bank negara, lawyer, dan lain2 lagi.
Bukan tak nak bayar, nak bayar dengan cara yang patut padan la. yang mampu milik.
so harap2 dapat info dari kawan2 yang senasib yang boleh bantu untuk dapat keadilan!

Teruskan usaha bro. Aku paling benci kalau bank menindas. Dah tau kite tak leh bayar, lagi mau pakse. Buatnya penghutang stress then bunuh diri, mane dorg nak claim balance? Betul kata awak, buat secara mampu milik.

mmg mcm sial..
aku kena freeze xpasal2..bank salah keluarkan notis aku bankrup pastu lawyer dah tarik balik kes n dah isu surat tarik balik kes..sampai hari ni akaun aku freeze lagi..padahal aku kna notis dgn bank lain..bila call bank berkenaan tu dorg ckp xde kene mengena dgn saving acc aku sb aku cuma penjamin..knapa maybank freeze acc aku?dah tu aku buat loan asb dgn dorg..tiap bln mtk bayar..nk byr cane dh freeze acc..pas ni aku nk tukar akaun gaji n aku nk tutup akaun maybank..mmg mcm sial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *