Categories
Personal & Geeky

Mari Membuat ‘tag’ Dalam Bahasa Melayu!

It’s been a while since I played the tag game, what more, in Malay. This is a continuity from Bong’s blog. Time polish my rusty ‘tatabahasa’.

Syarat-syarat :

  1. ‘Tag’ dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
  2. Tag orang yang telah men’tag’ anda
  3. Tag orang yg anda mahu tag.

0. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
Buang air besar sambil bermain dam haji di dalam telefon bimbit.

1. 2 jam yang lalu?
Menghantar Encik S ke hentian Duta dalam keadaan traffik yang amat mendukacitakan kerana semua bergegas pulang dari kerja. Mujur ada DUKE, 15 minit sahaja masa perjalanan yang diperlukan untuk sehala.

2. Anda suka – Buang air besar sambil bermain dam haji di dalam telefon bimbit.

3. Minggu lepas – Pon sama, buang air besar sambil bermain dam haji di dalam telefon bimbit.

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali

5. 3 binatang yang anda tak suka

  • Nyamuk, kerana selalu mengganggu saya membuang air besar.
  • Lipas, kerana  suka bermain “aci-cak” ketika saya membuang air besar.
  • Lalat, kerana saya memang tidak suka.

6. 5 fakta tentang anda

  • Saya gemar membuang air besar, anda pun sama.
  • Saya sering diganggu oleh jejaka-jejaka gay.
  • Saya gemar berlari sambil memerhatikan langit bertukar warna.
  • Saya tidak suka bergaduh mulut, bertumbuk lagi mudah.
  • Saya seorang jahat dan nakal.

7. Tahun depan mungkin – Saya pusing satu Malaysia dengan motorsikal hebat, merantau ke pekan-pekan terpencil sambil bergambar bersama warga tua. Saya juga mungkin menyambung pembelajaran saya ke tahap lebih tinggi. Dan paling penting sekali, membuang air besar sambil menyelesaikan Sudoku (masih tiada permainan Sudoku yang baik untuk Symbian, mungkinkah saya buat sendiri?).

8. Saya tak reti – Memujuk orang tetapi saya akan cuba sehingga berjaya, kerana saya tidak kenal erti putus asa.

9. Saya pandai – Bermain dam hasil dari latihan berbulan-bulan (sejak dipasangkan dam di dalam telefon bimbit). Saya juga pandai membuat kek. Tetapi sejak beberapa tahun lalu, saya malas untuk mencuci dan menyimpan perkakasan.

10. Kawan saya – Wajib didahulukan sebelum saya.

11. Saya ada – Hati dan perasaan, tetapi tidak tahu ke mana hendak ditujahkan.

12. Saya seorang – Web designer dan web developer yang berbakat tetapi malas. Terkadang terasa menyesal kerana berhenti dari bidang kejuruteraan yang jauh lebih lumayan. Tetapi, wang bukanlah segalanya.

13. Adik saya – Mahu berkahwin bulan depan dengan seorang pembaca tegar blog ini. Saya sudah mula pening kepala memikirkan soalan mengenai giliran saya pula.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)

  • Makan, kerana ini keperluan.
  • Bernafas, ini juga keperluan.
  • Tidur, ini sangat diperlukan dan digemari.
  • Emak saya.

15. Bilakah pertama kali anda bercinta?
Bila saya keluar dari perut lalu membuka mata melihatkan emak saya.

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda – Saya bukan seorang gay.

17. Saya rindu – Emak saya, walaupun beliau di tingkat bawah sambil melosohkan kepenatan bekerja sepanjang hari .

18. Saya tak sabar – Untuk menyiapkan kerja-kerja bertangguh saya.

19. 5 laman yang anda selalu layari:
Sama seperti anda, NoktahHitam, Gmail, Youtube, RasyanFikir dan Facebook.

20. Siapa yang anda mahu tag?
Ada terdetik perasaan ingin men’lencana’kan orang, tetapi tidak pasti sama ada mereka sudi atau tidak. Tidak mengapa, saya cuba, KakJie (ibu yg celik IT), AzmanIshak (yang langsing bak sekeping papan), Munirah (yang malas menulis tetapi rajin berbalas komen di blog ini) dan JejakTrend (yang selalu mengganggu harmoni kerja saya dengan menggunakan kotak hubungan di atas 😀 ).

ps: Was planning to write a funny post, hmm.. maybe tomorrow.

By NoktahHitam

I am web developer, who's main concern is to save the trees. Nonetheless

48 replies on “Mari Membuat ‘tag’ Dalam Bahasa Melayu!”

(bukan sahaja kacak, malah berbakat!) <– kenyataan ini sedikit mencurigakan.. bahagian ‘kacak’ itu.

saya juga tidak percaya orang tidak percaya anda bukan gay. (apa gay dalam Bahasa Melayu?)

nampaknya anda memang gemar membuang air besar. saya juga begitu. tetapi saya tidak bermain dam haji semasa membuang air besar. saya melayari Mukabuku atau belog rakan-rakan, membaca melancarkan pergerakan bahan kumuh.

no wonder laa terer main dam! adakah main dam haji sambil buang air besar satu cara yang perlu saye aplikasikan utk mentererkan skill saye wahai encik beloger?

p/s : thank God, you cant carry your laptop masok toilet. kalau tak…. 🙄

Kacak, bukan jambu. Terdapat perbezaan antara kedua kenyataan tersebut.

Gay = lelaki songsang 😀

Kegemaran tersebut sejak saya dari kecil lagi. Saya pun sudah lupa. Setiap hari mesti sekali.

Saya bukan tidak mahu melayan MukaBuku ketika di ‘pejabat’, saya rasa tidak dapat menumpukan perhatian dengan baik di kala itu. Pasti akan terlepas baca status serta kertas kajang sahabat handai.

Usah tertipu cik Syazween. Permainan dam melawan komputer tersangat senang. Saya selalu mengalahkan komputer dengan purata baki 6 buah. Paling baik, 9 buah. Komputer tersangat sayur saya kerjakan. Saya berharap satu masa nanti ada perisian jauh lebih hebat dari perisian yang sedia ada.

Saya bukan mahu berlagak, tetapi saya pasti, saya handal bermain dam dari kecil lagi kerana didikan dari orang tua saya.

ps: It is possible though. The wire is pretty long 😛

Adakah anda faham jika saya menyatakan saya seorang Pereka Jaring dan Pembangun Jaring? Pasti anda terfikir saya meraih pendapatan dari hasil tangkapan laut dalam. Walhal saya terlibat dalam arena perisian dan pengkomputeran.

Oh sungguh berkeyakinan encik beloger kita ini. Bagus-bagus, nah aiskrim untuk awak.

Purata awak mengalahkan saya paling teruk adalah 3 biji kan? Itupun apabila saya sengaja bagi can buat-buat tidak handal. Hehehe 😛

Blog adalah kata nama khas yang berasal dari Web + log, dalam erti kata lain, catatan digital. Ia diasaskan pertama kali para web designers yang ingin berkongsikan teknik untuk menggunakan HTML. Setelah beberapa tahun, weblog meletup-letup, seraya dipendekkan nama bagi memudahkan sebutan.

muahahahaha.. pecah perot aku bace tag nko ni bro,
hadoi ai… ok ok.. agak berminat dengan tag kali ni.

so aku copy dan draftkan dulu. panjang giler. aku pon
dah lame tak buat tag. rindu plak.

P/S:- hampes bleh kate aku sekeping papan… hahaha

aku baru terbaca beberapa hari lepas penggunaan perkataan “sesawang” ni kat paper…mmg sedap didengar..
..”laman sesawang Noktah Hitam”..hmm.cool!

😀

Pereka Jaring dan Pembangun Jaring?
Hahaha..
Aku rasa, nelayan pun pening fikir, apa ‘menatang’ ni..

saya juga tidak percaya orang tidak percaya anda bukan gay. (apa gay dalam Bahasa Melayu?) <stuju! 😛

kertas kajang – lama tak dgr menatang alah tu. hehehe.

Kak Jie?

selalunya, Kak Jie tak jawap tag
dah basang ‘anti tag’ dlm database ..hehe

tapi bukan senang encik NH nak menulis dalam bahasa melayu lengkap dan nahubahasa yang indah seperti ini, Kak Jie tersentuh hati dan tak sampai hati untuk menghampakan…
:p

nahubahasa! Hohoho. Sudah lama saya ketagihkan penulisan sebegini. Saya harap dapatlah serba sedikit mengilap semula bahasa Melayu saya serba sedikit. Maklumlah, bila bekerja sendiri, bahasa yang biasa digunakan adalah Inggeris.

NH, yg ini saje di typo kan atau tersilap “Tidak mengapa, saya cuba, KakJie (ibu yg cilik IT),” –>cilik IT ke celik IT..sebab setau saya cilik tu maksudnya kecil..hehe.. 😆

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *