Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya berbangga kerana mempunyai Menteri yang bukan sahaja prihatin tentang rakyat serta bijak, malah multi-talented. Dalam contoh ini, saya berbangga kerana Menteri Penerangan, Rais Yatim pandai menulis lirik. Apabila saya mainkan pertama kali, terasa sebak, terharu dan terpalit dalam hati. Sungguh dalam maksud lagu ini.
Biarlah Bob Lokman (penulis lagu Isabella) kata lagu ini murah, saya rasa Bob tidak lagi pandai menilai sejak beliau bersara dari arena seni tanah air. Biarlah pembangkang kata apa sekali pun, saya yakin mereka semuanya telah termakan dogma-dogma mereka. Lagu ini sangat patriotik.
Cuba anda semua hayati.
Lagu Tema – Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55) Lirik dan Video
Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi
(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia
……….
Terharukan? Sungguh kesian Menteri kita ini, sudahlah berkerja keras mengurus negara, mereka sanggup meluangkan masa untuk menulis lagu ini. Lagi terharu kerana ia tidak langsung menggunakan duit rakyat untuk membayar penulis lirik dan lagu professional. Sudah jimat RM 50,000. Bolehlah diagihkan lagi kepada franchise lain 1Malaysia seperti BR1M, Kedai Kain 1Malaysia, Kedai Ikan 1Malaysia. Mungkin akan ada juga, Bengkel Motor 1Malaysia! Lebih mudah untuk saya, pakcik-pakcik dan sahabat handai menghantar motor untuk servis suku tahun pada harga kos.
Kepada semua yang tidak setuju, sila buang sijil SPM anda, kerana anda buta bahasa!
ps: Oh yes, pun very much intended.
19 replies on “Lagu Merdeka 55 Tahun untuk 2012 Sangat Sedap”
lirik cam buuuurrrrrrrrr* see? tak patut. aku tak play. tengok lirik hang tulis.. terus rasa… What theee????
lirik yang melekat di minda. memang power. haha.
Lagu paling patriotik yang pernah dicipta di Malaysia. TAHNIAH!
aku dah berjaya hafal 1 rangkap yeay! Terima kasih Dr. Rais sebab buat lirik yang sangat catchy.. ada berapa perkataan je senang nak hafal -.-
patriotik apa? lebih berunsurkan politik je lagu ni..x phm la korang ni..
‘pun intended’.. google what it means ok?
Menangis Rais Yatim mcm ni. Ingat, budi mesti di balas!
dari skala 1-10, 10 paling bagus, lagu ini 789. Betapa hebatnye lagu ini
Memudahkan untuk budak2 serta yang tua nyanyuk untuk membuat hafazan.
Apesal ko tak suke? Layan gile doh. Aku dok headbanging dgr lagu ni.
HAHAHAHAAHAHA! statement!
Setuju jugak! Sangat terharu seh.. *bergenang air mata.
Lirik asal dia ada verse ni:
Orang sana pandai cakap
Tapi tak boleh buat
Orang sana pandai janji
….. pada yang tak peduli
Orang sana pandai auta
Tapi budi tak ada..
Orang sana..? Sangat WTF…?!
Boleh tengok stage performance video kat blog ni.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/07/lagu-dan-lirik-asal-janji-ditepati.html#ixzz224o0uQcX
** Disclaimer: that is not my blog and I’m not promoting it. **
Lagu ni kena copy paste dari lagu church bertajuk serukan namanya. lagu dari indonesia. Lagu merdeka 55 bakal menjadi kontroversi.
pun?
pun is a play of word.(if you read Japanese manga you might know about this)
What you are doing right now is called sarcasm.
Please don’t ask people to google something when you yourself don’t even know about it.
Haha, yes Google it.
Dahlah lagu pon plagiat hadoi la..
go to google, type ‘define pun’… coward.
Sesungguhnya, sungguh mengharukan … hihihihi
orang suruh buat lagu patriotik, dia buat lagu ‘politik’….. tak reti atau dh nyanyauk. kalau masuk pertandingan dah tentu ke tong sampah je. tak tahu le sape yg sanggup nyanyi.. pihak yg bertanggungjawab patut letak jawatan dan masuk sekolah balik…