Salam semua,
Terdapat banyak jaringan pengangkutan di Kuala Lumpur, salah-satunya adalah sistem KTM Komuter. Dahulu KTM Komuter ini, memang terkenal dengan kelewatan, busuk dan tidak mesra pelanggan. Namun, sejak 2-3 tahun lepas, banyak perubahan telah dilalukan.
Di antara perubahan adalah koc wanita (berwarna pink, aku pernah masuk, pastu semua perempuan pandang slack je), gerabak keretapi baru, lebih kerap perjalanan, yang paling penting, wangi! Kini KTM Komuter melangkah setapak lagi ke hadapan, sistem jadual perjalanan diintegrasi terus ke Google Maps.
Sekarang kalau anda mahu menggunakan KTM Komuter, tak perlu tunggu meroyan lama-lama dekat platform atau terkinja-kinja mencari Jadual Perjalanan KTM Komuter, anda boleh semak terus di laman web Google Maps. Cara menggunakan mudah sahaja, cuma klik pada stesen keretapi, paparan masa akan terus ditampilkan.
Peringatan: Ketepatan sistem ini tidak boleh diambil bulat-bulat kerana mungkin berlaku gangguan dan sebagainya. Cuba anggarkan dalam campur-tolak 5 minit. Lebih baik sampai awal, dari terlepas. 😀
Apa-apa pon, Beribu-ribu-ribu tahniah kepada KTM Komuter!
ps: Aku selalu pergi KL Sentral untuk meeting, walaupun ada motor, public transport lagi mudah untuk parking dan tidak tersepit-sepit celahan kereta.
9 replies on “Jadual Perjalanan KTM Komuter Kini Di Google Maps”
ehh dah ada live in google maps! style!!! ^^
Aku dah lama tak naik KTM komuter..
Kalau tak ke mana, buat apa nak naik bro?
Tadi saje je usha, tetiba nampak ada. Cool gak la!
Menarik. semoga sistem public transport kat malaysia akan lebih menepati masa.
Jawab salam Eddie. Setiap kali awak (seriyes skema seh, saya, awak ni) menulis dalam bahasa, saya akan tersenyum. Tak tahu kenapa, tapi cuma tersenyum :).
Macam mana awak boleh masuk dalam koc pink? Adakah awak memang tersalah masuk, atau awak sengaja masuk hanya untuk melihat reaksi penumpang-penumpang lain?
Agak-agaknya jika muka awak seperti Aaron Aziz atau Bieber, adakah mereka tidak akan pandang senget, malah mengalu-alukan kehadiran awak?
LOL!
Saya tidak tahu beza antara koc merah jambu, kerana hanya dibezakan dengan tulisan dan tidak pernah tahu pon ada special koc. Ngam-ngam masa tu, dia stop depan saya. Dengan luggage penuh bagai (nak pergi LCCT, ikut KL Sentral naik bas), saya masuk. Memang kena jeling. Tapi perjalanan sekejap je, 15 minit sampai (kot).
Saya bukan masuk nak meraba orang pon, jadi apa salahnya masuk koc merah jambu, bukan haram pon. Hahaha
Continue gelak ok, I will be writing in both language from now on. I realized my Malay has rotter quite a bit.
Sekarang kadar break down komuter sudah tidak seteruk dulu. Dalam 1 bulan 2-3 kali je. Kalau dulu 1 minggu, wajib sekali. Kejayaan kecil harus diberikan dorongan supaya KTM terus maju untuk rakyat.
hehe sangat cool bro.. lepasni xde alasn tertinggal train lagi la ^^