gambar diambil menggunakan SEW800 di SFSH
Pada mulanya, aku berpindah ke domain sendiri kerana aku sudah menyampah dengan blogspot. Perhatikan sahajalah interface yang diberikan, limited dan kadang-kadang tidak berfungsi. Dengan komentar system yg bangang. Apakan lagi flexibility of design. Aku perlukan sesuatu lain dari yg lain. Aku perlukan kebebasan.
Setelah berpindah, hits aku di sini tidaklah sebanyak blogspot yg pernah mencecah 1,000 sehari. Mungkin terlalu awal. Yang aku hairan, mengapakah jumlah hits tersebut tidak dapat ku convertkan kepada komen? Mungkin tiada issue untuk disuarakan.
Aku bukan seorang manusia yang gilakan duit. Aku tak perlu nak letak adsense, advertlet dan nuffnang di sini. Seperti Michael Arrington (TechCrunch), aku tidak gemar dengan iklan. Niat ku adalah untuk berkongsi pengalaman, bertukar pendapat dan menurunkan ilmu seikhlas hati. Bukan untuk meraih wang & popularity seperti JohnChow.
Setelah siap design NoktahHitam dengan gaya ala-ala terrorist, aku tidak tahu dimanakah aku harus bermula. Isu politik? Kisah2 jenaka? Membuat site review? Mengajar skill web design?
Takpelah, lain kali aku pikirkan, biar aku pergi jogging dulu (alang2 dah turun 13kg ni, baik ade 6 packs torso).