Categories
Food & Outing

Buka Puasa Negaraku.net


View Ayam Golek in a larger map

Akhirnya, siap sudah survey. Setelah ditimbang tara, saya mengambil keputusan untuk mengadakan acara tahunan Negaraku.net (buka Puasa) di tempat sama seperti tahun yang sebelumnya.

Tempat: Rujuk peta di atas
Masa: 29 August, 630-645 pm
Menu: Ayam Golek (lain-lain sila ke pasar Ramadhan berhampiran)
Harga: RM10-20 (kongsi-kongsi bayar)
Kehadiran, sila lengkapkan borang ini.

Antara isu yang mungkin dibincangkan (ya kami geek)

  1. Grid CSS
  2. Cara mendapat lebih traffic dan menulis dengan lebih baik
  3. Sessi mengutuk NuffNang dan Advertlets
  4. Teknik-teknik fotografi oleh Syam (Aeropama)
  5. Selebihnya, sila datang.
  6. Semua isu perbincangan adalah rekaan semata-mata.

*Pelajar-pelajar yang berpuasa boleh datang, makan percuma, Syam bayar. Yang tak puasa, tak yah datang, buat habis beras (kecuali pelajar perempuan, ini Syam suke).

Untuk memudahkan tempahan, diharap sesiapa yang betul-betul berkeinginan untuk hadir sahaja, isikan borang ini. Dilarang menyusahkan urusetia (logistik boleh tolong).

Antara hadirin: Lochoe (sudah tiada blog), Syam (aeropama), AisyahKama, Yam (Mr. Life4Hire), Sae (Berceloteh), Eddie (NoktahHitam, Negaraku), Man (AzmanIshak), Khairul (SembangKomputer), Odin, Finafedora (akan dikemaskini) http://bit.ly/Yu0Xe < ini senarai mengikut GoogleDocs.

Selamat berpuasa dan jemput kawan blogger ramai-ramai.

ps: *makan percuma direka semata-mata, tapi kalau kami (golongan berkerja) ada baki lebih, kami hulurkan. Insya Allah.

By NoktahHitam

I am web developer, who's main concern is to save the trees. Nonetheless

103 replies on “Buka Puasa Negaraku.net”

sapa kata xde blog ni, adala, kat http://www.lochoe.com, tapi x aktif sgt ah.. xde idea nak tulis, suka jalan2 bagi komen je.. aku ingin mengutuk teknik mengambil oleh syam, makhluk terkutuk tu kan baru je blajar teknik fotografi, mana layak… stakat ada dslr tu, bolayan la.. huhuhu.. apa2 pun.. aku tetap suka syam… hehehe.. ok roger jumpa disana… phewwwwwwwwwit..

bila masa aku cakap nak datang? haha…tipu jer..insya allah aku datang..esok aku pegi site survey..aku harap orang leh confirm secepat mungkin…pasal kalau ramai..maybe kena booking tempat gak kot..kedai tuh ramai sangat makhluk Allah nak bukak posa….kes kes kes

siot .. nama aku takde link blog .. (ayat giler traffic)

finafedora maybe x hadir .. kalo nk dia hadir .. korang sumer kene pujuk dia .. aku dh hilang ayat2x manis utk pujuk ..

rasa terubat rindu tgok avatar syam kt sini….

p/s – syam ada janji yg mesti ditunaikan Ramadhan tahun ni dgn anak Kak Jie…huhuhu…

kalau dah memori low, selak entri Ramadhan tahun lepas…huhuhu

Huhuhu… Ingat lagi Kak Jie. Tengah tunggu kat raya company. Baru la sesuai dengan namanya kan?

ps: Kalau boleh, silalah beri nama penuh anak kak jie.

akhirnya, sudah ditetapkan tempat dan masanya. aku memang fail jalan kat KL.

klu jadi memang pegi naik bas, ada yang sudi tunggu di puduraya kahkahkah.

Jom memeriahkan Negaraku.Net, aku berminat nak datang kerana syam nak ajar seni PORNOGRAFI? whut??? memang sesuai NH bagi tugas tu ke syam, mamat tu tu ada gaya2 sex maniac sikit, suka tgk awek orang lama2.. OPPORTUNIST bila nampak peluang pada gadis.. so all girls, HATI2 dengan AEROPAMA, tapi apa2 pun kita semua sayang syam.. heehehe

mk’s treat, ff datang. kalau nama xde dlm registered list jugak tatau la. kena re-register mcm tekong kot *pastu mkn 2 kali*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *