Categories
Serious Matters

Manifesto Barisan Nasional 2008 (Keselamatan) Part 2

Ini adalah sambungan dari penulisan semalam. Kali ini berkenaan Barisan Nasional Manifesto 2008 yang berkisar sekitar keselamatan.

Polis

Manifesto BN 2008 ada 7 kategori.

  1. ekonomi
  2. keselamatan
  3. urus tadbir kerajaan
  4. pendidikan
  5. pembangunan
  6. perkhidmatan awam
  7. agama

Keselamatan

1. Mengurangkan indeks jenayah negara

Pada tahun 2008, jumlah jenayah adalah 211,645. Ini bersamaan dengan 767 bagi setiap 100k penduduk. Tahun 2012 pula, 123,719 jenayah, 441 kes bagi setiap 100k. Ini adalah kemajuan sebanyak 42%. Namun begitu, pihak MyWatch, badan NGO bagi memantau kadar jenayah Malaysia mengatakan pihak PDRM telah mengubah data di sini, sini, video youtube.

Manifesto Barisan Nasional 2008 (Keselamatan) Part 2 1

Lebih menyedihkan lagi MyWatch telah mengatakan bahawa kerajaan tidak mengambil kira jenayah (jenayah bukan indeks) seperti culik, pemerasan, ugutan jenayah dan kecederaan ke dalam indeks jenayah. Kes-kes seperti ini adalah kes yang serius di mana, penculik boleh dikenakan hukuman gantung. Manakala kes seperti pemerasan, ugutan dan kecederaan berkait rapat dengan gangsterism, dera anak-isteri, ah long terus meningkat. Ini bermakna 2, pertama PDRM tidak lagi boleh mengawal gangster, kedua, PDRM adalah sekutu mereka.

Persepsi terhadap jenayah juga terus meningkat, kerana jenayah memang benar-benar terjadi. Selain itu, ramai mangsa tidak melaporkan kepada pihak PDRM kerana menyangka ini adalah “useless”. Kerosakan sudah berlaku, bukan boleh dapat balik barang yang hilang. Keluarga saya pernah menjadi mangsa kes pecah rumah dan kami mengambil keputusan untuk tidak melaporkan (kerana paperwork kena buat di balai).

Dengan statistik yang sudah di ubah oleh kerajaan, sedikit susah untuk buat perbandingan, tapi takpa, kita cuba juga. Jenayah Singapore dan Victioria, Australia.

Screen Shot 2013-04-23 at 5.49.36 PM

Saya pilih Singapore dan Victoria Australia, kerana saya rasa sangat selamat ketika melancong di kawasan tersebut biarpun angka di atas sangat besar. Angka yang tinggi di Australia adalah kerana mereka melaporkan semua jenayah termasuk kecil dan besar, bagi mendapatkan pampasan insurans. Contoh jenayah kecil adalah hilang kucing, handphone, tayar dicuri, kes buli, jiran bergaduh, hilang basikal dsb.

Di Malaysia, setiap minggu mesti ada masalah, hilang selipar di masjid, hilang pen, duit dsb. Semalam saya hilang helmet motor. Seperti saya katakan confirm orang malas nak report. Nak kena pergi balai satu hal, nanti kena saman tak pakai helmet pula. Dah report bukan ada tindakan pun.

Keputusan NH: Janji DICAPATI kerana data diberikan kurang tepat.

2. Menangani isu pendatang asing tanpa izin

Dalam laporan tahunan PDRM 2008, dinyatakan di sini, seramai 2.4 juta pendatang asing di Malaysia. Di mana 180,000 adalah pendatang TANPA izin. Kerajaan juga telah mengambil langkah memperkenalkan 6P (Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin) pada Jun 2012. Melalui program ini, 2.04 juta berdaftar, di mana 1,016, 906 adalah sah, selebih 1,303, 126 adalah pendatang haram.

Mengapakah isu pendatang asing tanpa izin ini penting? Ada 4 faktor utama.

2.a. Menggunakan PATI untuk undi


2.b. Mengambil pekerjaan am, buruh dan semua low level jobs.

Kita menggunakan tenaga asing kerana ianya sangat murah. Akibatnya, perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan. Tengok saja kedai mamak, kena cakap 2 kali baru paham. OldTown kopitiam pula kena order pakai kertas sebab pekerja tidak boleh berbahasa Melayu.

2.c. Menghantar duit pulang

Pada tahun 2009 jumlah wang salurkan keluar negara adalah USD 6.8 billion. Secara purata RM 2,833 dihantar pulang setiap tahun. Angka sebanyak ini jika di agih kepada 28.86 juta penduduk Malaysia, seorang akan dapat RM235.62. Angka sebegini juga cukup untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat sehingga ke menara gading.

2.d. Kadar jenayah tinggi

Susah untuk dipisahkan jenayah dan warga asing. Baru-baru ini, serangan di Lahad Datu dikatakan berpunca daripada pendatang asing yang sudah berdaftar (atau diberi kewarganegaraan). Dalam satu petikan daripada Nazri, “setakat ini, jumlah 889,779 pendatang asing tanpa izin di Sabah tidak mengugat keselamatan”. Angkuh sungguh pak menteri kita.

Keputusan NH: Janji DICAPATI

3. Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai

Pada tahun 2008, 106,552 bilangan polis. Pada 2011, 122,000 sahaja. Ada 2 personalan, kenapa perlukan 60,000 lagi polis dan kenapa susah sangat nak rekrut polis baru?

Screen Shot 2013-04-23 at 6.14.53 PM

Jika kita refer kepada Singapore police force, kita dapati Singapore lebih ramai polis bagi setiap 100,000 penduduk. Namun begitu, Singapore adalah negara kecil, lebih mudah untuk dipantau. Bak kata Mahathir, tak sempat tekan minyak sampai 120km, dah sampai hujung Singapore.

Screen Shot 2013-04-23 at 6.25.50 PM

Keputusan NH: Janji DICAPATI.

4. Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam

Susah untuk diukur. Nurin, Sharlinie, William antara nama yang akan terus dikenang. Saya kecewa kerana angka kes culik tidak dimasukkan sebagai salah satu ukuran bagi mengurangkan indeks jenayah.

Mari kita kenang mereka yang hilang.

culik
wpid-2013-01-23-09-06-12

misteri van putih

LELAKI-KACAK-TARIK-KAKAK

Keputusan NH: Janji DICAPATI.

Rumusan

  • 4 Janji DICAPATI

Keselamatan adalah perkara serius. Lebih serius lagi dari BlogSerius kerana tanpa keselamatan tiadalah ekonomi, hak asasi manusia, kebebasan beragama, kemajuan, pendidikan, kerajaan dan paling penting, kebahagian.

ps: NH demam skit hari ni. Lambat keluar post.

By NoktahHitam

I am web developer, who's main concern is to save the trees. Nonetheless

9 replies on “Manifesto Barisan Nasional 2008 (Keselamatan) Part 2”

Berkenaan van putih, my friend (girl) got followed by the van putih after she back from work (night) .

Luckily the van putih stop followed her when she reach her home area.

This happened on 2011.

Para pemimpin tidak penat kah menipu rakyat?
Rakyat tidak penat kah kena tipu dengan para pemimpin?
Rakyat tahu tapi buat tak tahu atau memang tak tahu pasal perkara tipu-menipu ini?
Kalau tahu kena tipu, tapi kenapa kerajaan yang sama yang menang setiap kali PRU?
Ilmu apakah yang mereka guna?

Tipu tapi tak kantoi, tak kira sebagai menipu. Setiap kali PRU, sebarkan penipuan mesti boleh menang. Macam Ayah Pin sebarkan ajaran sesat melalui penipuan.

Ilmu apa? Ilmu nipu.

Kepada yg dah bukak mata, susah nak ditipu lagi. InsyaAllah. kene berdoa dipermudahkan jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *