Categories
Serious Matters

Baik Buruk Isu Pemansuhan PTPTN

Berikut adalah pendapat peribadi dan hak penulis untuk berfikir secara kritis.

Baik Buruk Isu Pemansuhan PTPTN 1

Kebelakangan ini kita dibangkitkan dengan isu pemansuhan PTPTN dan pembelajaran percuma untuk Institusi Pengajian Tinggi. Secara ringkas, pihak pembangkang telah mengwar-warkan mereka akan memansuhkan PTPTN sekiranya menang pilihanraya nanti. Sejumlah besar RM 43 BILLION akan lupus dalam sekelip mata. Politik ke tepi, adakah ini masuk akal?

PTPTN diwujudkan pada 1997 untuk memberi pinjaman kepada bakal mahasiswa yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Mahasiswa akan mula membuat pembayaran selepas tamat tempoh pelajaran. Lazimnya mahasiswa akan mengikat perjanjian dengan dengan pihak PTPTN secara bertulis.

Pemansuhan PTPTN

Rata-rata di Internet ramai yang mengutuk keras tindakan PTPTN yang mengenakan bunga pinjaman sebanyak 4%. Pada pendapat penulis, 4% adalah jumlah yang sangat kecil berbanding faedah kad kredit yang biasanya 18% setahun. Adalah tidak masuk akal sekiranya faedah bawah 4%, kerana wang yang di beri digunakan untuk belajar dan belajar itu sendiri adalah aset peribadi. Jika dibanding dengan bunga untuk pinjaman kereta sebanyak 3.3% setahun dan kereta juga adalah aset.

Keduanya adalah aset, tapi pendidikan adalah aset yang jauh lebih tinggi nilainya. Contoh mudah, lepasan SPM gaji RM 1,200, lepasan Ijazah pula RM 2,500. Manakala kereta pula akan susut nilainya bila mula dimamah usia atau sebaik sahaja keluar dari bilik pameran.

Inilah dia orang kita, kalau belanja ke arah ilmu punyalah kedekut dan berkira. Kalau kereta Proton Preve, Samsung Galaxy Note, iPhone4 untuk tunjuk gah bukan main lagi.

Pemansuhan PTPTN juga akan mengakibatkan sejumlah wang RM 43 billion lupus sekelip mata, sekaligus memansuhkan perjanjian pinjaman yang telah diikat dengan mahasiswa terdahulu. Ini bercanggah dengan ajaran Islam dalam syarat hutang-menghutang. Jika kita mati tanpa menyelesaikan hutang kelak di akhirat kita terpaksa mencari penghutang untuk menghalalkan segala urusan dunia. Jika wang ini adalah wang rakyat, maka jenuhlah nak minta halal dari semua.

Ada juga yang menyuarakan bahawa pinjaman yang telah dibuat hendaklah dialih ke tajaan penuh. Ini salah. Perjanjian hutang-penghutang telah ditanda-tangani, masakan boleh berubah? Ini sama seperti saya pergi ke bank dan beritahu mereka, ‘kereta ni, awak tukar jadi tajaan penuh, hasil dari peraduan yang saya masuk tempoh hari, jadi tak perlulah saya bayar bulan-bulan’.

Kalau anda adalah seorang salah seorang yang membuat pinjaman, selesaikanlah cara baik. Jika ia membebankan, mintalah PTPTN untuk melanjutkan lagi tempoh bayaran. Kalau betul dah menyampah sangat, ambil pinjaman peribadi dan langsaikan semua. Maka kenalah anda bunga sebanyak 5% (paling rendah setahun). Korek lubang, kambus lubang, korek balik. Memang bijak.

Pelajaran Pendidikan Tinggi Percuma

Demi masa depan anak bangsa sendiri, penulis merasakan cadangan ini sangat bernas. Namun terlebih dahulu, hendaklah ditimbal apa yang perlu dibayar, apa yang tak perlu. Pendapat penulis, tiada yuran pelajaran harus dikenakan, tetapi yuran asrama, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya haruslah dipikul oleh pelajar sendiri.

Jika tidak berkemampuan, silalah buat pinjaman pelajaran di bank kerana PTPTN telah dimansuhkan. Di sini penulis ingin mengambil kesempatan dengan mengucapkan, ‘GOOD LUCK-lah’ kerana tak mungkin bank akan mengambil risiko seperti PTPTN. Pinjaman peribadi? Sila lampirkan slip gaji 3 bulan. Hasil part-time anda adalah RM 800 sebulan, maaf, tidak cukup, syarat minima adalah RM 2,000 dan mesti dikepilkan sekali surat dari majikan.

Manakala bagi yang berkemampuan pula boleh mendukung diri sendiri.

Syarat-syarat lain haruslah diperketatkan, seperti syarat layak kemasukan, syarat habis belajar dan sebagainya. Saban hari kedengaran, quota untuk pelajar bumiputera tak cukup, kaum lain mesti dipersalahkan, Menteri, ADUN, Parliment semua habis di heretnya walhal diri sendiri yang main-main ketika SPM dahulu. Mana yang terlebih mampu atau dari golongan elite, sama sekali tidak layak untuk yuran pelajaran percuma.

Syarat habis belajar pula dikenakan kerana tidak mahu mahasiswa menghabehkan bogheh ajo (menghabiskan beras sahaja). Mahasiswa hanya akan diberi tempoh lebihan hanya satu penggal, lebih dari tu, pembiayaan kendiri.

Rumusan

Secara ringkasnya, PTPTN seharusnya kekal untuk menyediakan perkhidmatan pinjaman pelajaran (COLA, Cost of Living and Allowance) kepada mahasiswa dan kerana RM43 billion itu lebih baik dikekalkan, sebaliknya disuntik untuk pembangunan lain. PTPTN juga tidak boleh bertindak seperti ah-long, kerana anda semua ni adalah orang baik dan amanah, maka harus menjaga imej dan kecerdikan dari dicemari kebongkakkan dan kesombongan. Ingatlah Allah amat membenci orang yang sombong.

Pelajaran percuma harus diberikan kepada yang layak sahaja. Syarat-syarat tertentu mestilah diperkukuhkan untuk menjaga nama baik dan quality keluaran universiti tanah air.

Kan mudah, takde nak marah-marah orang cakap bodoh etc.

By NoktahHitam

I am web developer, who's main concern is to save the trees. Nonetheless

36 replies on “Baik Buruk Isu Pemansuhan PTPTN”

Saya ingin berkongsi cerita. Agak panjang. Baru-baru ini ada seorang cikgu telah menerima surat saman dari peguam kerana hutang PTPTN anaknya langsung tidak berbayar sejak dia tamat belajar lagi. Anaknya, lelaki, 31tahun.

Bila ditanya kenapa tak bayar, alasannya anak nya belum bekerja lagi. Apakah selama 10tahun (anggap tamat belajar umur 21) ini anaknya langsung tidak bekerja? Cikgu tu kata, ada kerja, tapi tak tetap.

Semalam saya dengan tidak sengaja tersemak nama anaknya. Pekerja tetap di pejabat separuh kerajaan dan separuh bukan, dgn gaji kasar RM495. Apakah istilah cikgu itu bila kata anaknya belum kerja? Adakah KERJA yg dia maksudkan adalah, kerja dgn kerajaan secara tetap BERGAJI RM2000?

Kalau betul nak kerja semacam itu, kenapa tidak berusaha mengisi borang secara online setiap kali keluar iklan jawatan kosong? Selama ini pun cikgu tu yg sibuk mengisikan borang jawatan kosong untuk anaknya. Part ini yg saya sangat sakit hati!!

Kesimpulan yg saya terima, cikgu itu seperti menyalahkan kerajaan bila anaknya tidak mendapat sebarang KERJA seperti yg diinginkan. Jadi bila tiada KERJA, tak dapat lah nak bayar PTPTN.

Bagi saya perkara seperti ini datangnya dari dalam diri kita sendiri. Cuma sesetengah dari kita berasa sgt bongkak dan sombong bila mana sudah tamat belajar ada aje alasan tak nak bayar. Sudah namanya hutang, perlulah dilunaskan. Kalau tidak penuh, bayar mana yg mampu kira ok la tu, dari tak bayar langsung. Kalau dah berhutang, tapi tak nak bayar, seperti kata Eddie, pergi lah duduk di pulau sendiri. Tiada siapa nak bising² di sana.

Kalau rasa tak nak bayar bila tamat belajar nanti, BOLEH!! tapi dengan syarat dapatkan pointer 3.5 ke atas, then apply utk tukar jadi scholarship. Win win situations, kan?

Saya setuju sangat dengan pendapat saudara. Tapi isu yang pemansuhan PTPTN ini timbul mungkin berpunca daripada ramai yang tidak membuat pembayaran semula, jadi ramai yang membuat bayaran merasakan ia amat tidak adil untuk mereka. Selain itu, bagi mereka yang mula bekerja, ramai yang merasakan RM200-RM300 ansuran adalah amat banyak. Dengan pemikiran, “lah, ramai tak bayar pun takde apa hal. semua orang tak bayar, mansuhkan je lah” XD

Anyway, i this is just my opinion. Well, i didnt take up ptptn loan, because i had another loan which needs me to pay RM300-RM500/ mth. So, pay up people, you have no idea how lucky you are with PTPTN.

TQVM!

very well written post. 🙂

Tak faham kenapa nak lupus hutang tu. 43 billion tu, bukan sikit, banyak tu. Boleh buat transportation system kot. Dah perjanjian nak hutang, bayarlah. Tak adil la kepada orang yang sanggup tak sambung pengajian kerana tidak mahu berhutang.

Kalau ye pun dilupuskan PTPTN, hutang tetap la kena bayar. Tapi kalau tak bayar hutang tu, kena la buat law enforcement kan since duit tu duit rakyat, mana boleh suka2 je tak bayar.

Inilah sifat muda-mudi sekarang, PEMALAS. Duit nak, kerja tanak. Mak die tu tak lame lagi pencen la kan? Lepas tu nak makan duit mak je? Saya rasa die ni nak kerja mudah je. Kalau betul nak kerja mudah, belajar rajin2, dapat jadi thinker dlm organisation, tak de sape bising pasal hang datang awal or lambat.

Saya pinjam dengan selain PTPTN. Lepas habis belajar, saya diminta bayar balik RM300 sebulan. Saya tak mampu. Berunding dgn mereka dapat kurangkan bayaran. Lepas 2tahun kerja, saya resign. Call mereka minta tangguhkan bayaran, mereka tak benarkan. Bayar sedikit pun jadi la asalkan jangan tidak bayar langsung. Bila dapat kerja lain, atas inisiatif sendiri saya naikkan semula kadar bayaran, dan sekarang sudah tamat bayar.

Kalau saya yg misekin ni boleh habis bayar, kenapa mereka yg lain tak nak bayar?

seriously, this is the best article on this blog. hehe, joking only. but, serius aku setuju dengan pendapat ko. semalam aku ada keluarkan status kat fb aku pasal ptptn ni, “Mohon jika memerlukan, jangan mohon jika tidak mahu terikat.” memang dapat byk respon, yg menyokong dan tidak. yg tidak tu mcm biasalah, keluar perkataan macam-macam. siap copy paste soal agama tentang pendidikan percuma, tapi tidak mengerti maksud disebaliknya.

yang best nya kawan kelas aku dulu waktu belajar, kalau cgpa power takpa la. ini cukup-cukup makan, sibuk nak pendidikan free. masa depan konon, tapi tidak memandang ke depan. agaknya berapa orang yang sanggup beri pendidikan percuma tanpa gaji kelak?

cukai nak rendah, pendidikan nak percuma, minyak nak murah. dari mana duit nak bayar gaji pensyarah nanti aku sendiri tak tahu. alamat pensyarah pun kena makan megi. 🙂

serius, aku antara peminjam ptptn dan menghadapi masalah untuk bayar. aku contact by email, alhamdulillah mendapat respon yang baik. insyaAllah, Allah akan membantu jika kita di dalam kesusahan. jangan duk takbur dan terus memberontak, tunjukkan dahulu anda layak mendapat pendidikan percuma. 🙂

InsyaAllah, beban anda dapat diringankan.

Baguslah kalau ada niat nak bayar balik. Tak bole bayar sekarang, bayar kemudian bila dah mula senang nanti.

Apa yang saya keliru, mana kita nak tempatkan mahasiswa di Malaysia ini? Peluang pekerjaan makin susah, ramai pon prefer keje gomen. Tp gomen dah takde kerja dah.

Thanks b.

If I have 43 billion, I would invest in R&D. Malaysia is a user country, we no longer have our own IP. From electrical goods, cars, flooring, everything is imported. What we do is only export.

Through this R&D, we’ll park some for technology. Come up with our own PC or network product brands.

isu PTPTN nih try faham satu perkara nih:
katakan la, ibubapa anda membelanjakan wang kepada anda untuk belajar sebanyak RM20k dan mengatakan itu adalah HUTANG anda, dan perlu diBAYAR BALIK kpd mrka. kita sbg anak, ya akur. kita bhutang gn makabah. hakikat sbenarnya yg kita xfhm, MEMBIAYAAN PENDIDIKAN adalah TGJWB ibubpa kpd anak. bukan utk keuntungan. dlm konteks krajaan, adalah menjadi TGJWB krajaan menyediakan pendidikan yg percuma utk rakyat. itu tgjwb. ttpi mreka memahamkan kita dgn mengatakan itu adalah hutang, dan menDOKTRINkan kita memperhambakan dgn pembayaran hutang tu. apabila datang satu tawaran daripada pihak lain, yang mengatakan bahawa mreka boleh menguruskan wang negara dgn lebih baik dan dapat melangsaikan smua hutang PTPTN tu dgn cara pengurusan mereka, dan menawarkan pendidikan yang percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi, tidakkah itu yg spatutnya lebih baik?~

*tepuk dada anda..tanya..diri sendiri

bagi aku, peluang pekerjaan sebenarnya ada di mana-mana sahaja. rezeki boleh dicari bukan, tapi masalahnya orang sekarang ni gemar memilih dan tak mampu nak mencari alternatif lain. kalau kita search sahaja jawatan kosong dekat internet rasanya banyak yang keluar. tak cukup dengan itu, pelbagai expo kerjaya dijalankan. unimap juga akan menganjurkan expo kerjaya dalam bulan ini. insyaAllah, kerja itu ada. cuma perlu berusaha untuk bersaing. 🙂

1. bagi komen skit tentang pendidikan percuma negara luar yg di youtube kan leh hanief memandangkan encik seorang graduan oversea dan bercampur gaul dgn serata umat!

2. kadang-kadang orang terlampau fikir mcm mana nak bayar hutang ptptn. tapi tak pernah fikir macam mana nak manipulasi hutang. tanya lochoe. teknik emas boleh guna kot 😀

well written! btw interest ptptn bole mohon tukar dari 4% to 1%. mine already tukar dah 😀

setuju gila.. spatutnye ko masuk group anti ptptn kat fb.. pastue post artikel nie, biar diorang terasa sket..

aku tgk kengkawan aku yang blajar pakai duit ptptn, henset nak gempak jer, yang touch screen, iphone, samsung bla3… aku yang biasiswa nie pun tak berani nak beli iphone, henset pun skrin itam putih lagi.. paling mewah yang aku beli hanyalah cd game ps3.. tue pon ade limit skali sbulan..

org mlayu nie malas, suke sangat nak disuap sampai mati.. huhu..

btw, great post!

Maaf saya kurang faham olahan anda.

Adalah tanggungjawab kerajaan untuk memberikan pendidikan PERCUMA? Kenapa pula harus diberikan percuma? Harini minta pendidikan tinggi, esok mintak kerja pula, kemudian minta naik gaji. Bak pepatah, bagi betis mahu peha. Saya tak faham ini.

Saya cakap, tak perlulah kita campur aduk dengan politik. Kerana ini semua adalah janji, kalau macam tu, saya bole janjikan awak helicopter kalau awak lantik saya jadi PM. Sekali pun mahu memberikan pendidikan percuma, tak perlulah lupuskan hutang rakyat. Kalau macam tu, tolong settle sekali hutang kereta dan kad kredit saya. Saya dah jenuh bayar bulan2 tapi tak habis-habis jugak.

Kalau kita dah tanda tangan untuk membuat pinjaman, bayar sajalah. Tak perlulah membesarkan isu ini lagi.

Jika pendidikan diberi percuma sekali pon, mesti kena ada mekanisma lain untuk membayar tenaga pengajar, bil letrik, sewa tanah, kerani, pejabat, dewan, tukang potong rumput, jaga dan sebagainya.

1. Mak bapa saya membayarkan semua untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tiada istilah pendidikan percuma di UK. Hanya di Germany saja.

2. Kalau 1-2 ratus, mungkin tak susah sangat.

“org mlayu nie malas, suke sangat nak disuap sampai mati.. huhu.”

sebagai seorang melayu, aku rasa marah membaca komen di atas. Tapi apakan daya, ia sangat benar. Terima sajalah. Hahaha

aku sentiasa baca, dalam diam.
sebab tak reti nak menyampuk.

yang ni terpaksa menyampuk sebab super menyampah dengan orang yang banyak alasan tak nak bayar PTPTN.

Dengan rasa bangganya, aku nak bagitahu, aku dah HABIS bayar PTPTN. Tu pun, err… 8 tahun nak membayarnya.

Ok lah, kan?

Tanggungjawab tu ialah bila dah pinjam, wajib bayar. Itu yang kita belajar dalam Islam.

Tak faham-faham ke?

*tepuk dada, tanya iman.

“terlampau fikir mcm mana nak bayar hutang ptptn”?

Susah sangat ke nak bayar? Bagi pendapat saya tak susah sebenarnya nak bayar, kalau MEMANG ADA NIAT nak bayar, tapi kalau NIAT MEMANG TAK NAK BAYAR, tu yang rasa susah. Sampai pecah kepala fikir.

Pendidikan percuma? Kebanyakan kita memang suka benda percuma, tapi berapa orang yang kita jumpa yang betul² menghargai benda percuma?

Kalau pendidikan percuma tidak mustahil akan menghasilkan graduan yang tiada kualitinya. Kenapa? Sebab semuanya belajar sambil lewa aje. Apa nak kisah, pendidikan percuma, tak perlu bayar satu sen pun.

Maka tiada la istilah pekerja mahir dan professional di Malaysia ini, dan kita pun akan jadi negara mundur. Tidak mustahil kan?

Alhamdulillah… bayar jugak.. Dengan bayaran itu, dapatlah pulak orang lain atau anak atau sedara-mara kita pulak meminjamnya untuk pelajaran mereka… 😀

You can also get “free” education if you are Scottish and go to a Scottish university. So if you are a Scot, you get to go to University of Edinburgh for free. But if you’re English, you’ll need to pay fees.

I totally agree. Free education but only to those who’s willing to work for it. But only fees and books. PTPTN should still be around because lets face it, if we give everything for free we would take things for granted. After all we are human. tapi yang amik tu pandai2 lah kan. guna lah duit tu untuk belajar bukan untuk beli handphone baru. Kalau mak bapak kata bleh kasi elaun cukup mkn, minum ,transport, sewa tak yah mengada nak amik. Kalau tak nak hutang cari kerje part time.

Assalamualaikum.. hai kawan2..

Menarik blog ini tetapi agak dangkal nyer pun banyak gak. Saya komen atas dasar saya juga peminjam ptptn dan insyallah bakal habis langsaikan hutang2 ni…

perkara ni muncul dan hot sebab mudah je bro. For example. Sebenarnya negara kita ni layak memberikan pendidikan percumakepada rakyatnya kerana kita punya hasil bumi yang banyak.

Ya RM43Billion jumlah yang agak besar. Bila mana saya terbaca kaedah pembayaran oleh @rafiziramli menarik juga. Iatu setiap tahun RM 2Bilion daripada keuntungan hasil negara disumbangkan untuk bayar hutang ptptn ini. Bukannya lum sum bro. Macam ko nak beli kereta kenalah bayar tiap2 bulan. Kes ni pulak kena bayar tiap2 tahun sampailah habis …

Cuba kita lihat kadar rasuah yang melibatkan orang politik serta kroni2 mereka.. perhhh angka tu aku rase lebih besar daripada 43Biliion. Tgk je anak2 menteri.. ada ke standard nk belajar dalam negara??? kebanyakan luar negara je beb. dan apa yg korang nak tau.. rata2 diorang dapt FREE je.. tak caya..korang ley tanya kawan2 yg belajar kat oversea.

adil x bagi korang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *