Warga Emas ke Tanah Suci Mekah dengan Pajero

Saya pernah dengar cerita orang naik motor pergi Mekah, naik kereta, tetapi belum lagi warga emas. Subhana Allah, walaupun berusia, misi mereka untuk sampai ke sana dengan Pajero amat rumit.

Bayangkan tidur dalam kereta, mandi di tandas awam, tiada peti ais, tiada aircond, lagi difikirkan, lagi runsing kepala. Persoalan utama, kenapa tidak naik kapal terbang? Kenapa mesti kereta? Soalan ini lebih sesuai dijawab peserta sendiri. Pada hemat saya, ini adalah adventure. Kapal terbang, kapal cruise, speedboat semua ini boring.

Warga emas ke Tanah Suci

Perjalanan mereka akan menjangkau 13,000 km! (Balik kampung 350 km pon dah penat) Pasangan bertolak pada 13 July 2013 dan akan berpuasa sepanjang perjalanan.

Ikuti kisah dan perjalanan mereka di facebook page hasil update daripada anak.

Mari kita sama-sama doakan pasangan ini selamat tiba dan pulang dari tanah suci. Semoga Allah sentiasa bersama mereka menunjukkan jalan yg benar. Amin!

Kepada Pakcik dan Makcik, You ROCK!

 

There are 7 Comments for “Warga Emas ke Tanah Suci Mekah dengan Pajero”

Kagum aku dengan semangat pakcik dan makcik ni.. Semoga Allah permudahkan usaha mereka..

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Orang muda mcm aku pon tak termimpi nak naik kereta pergi Mekah.

Reply to This comment


Anarm wrote on July 19, 2013 #1

Memang hebat misi ke tanah suci Mekah.

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Hebat gilos! Org muda pergi naik flight je

Reply to This comment


akubiomed wrote on July 20, 2013 #2

Iklan Percuma wrote on July 21, 2013 #3

Persedian yg rapi dari segi fizikal,mental dan financial…

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Lebih kepada fizikal sebenarnya. Mereka semua dah warga emas, kena banyak rehat.

Reply to This comment


azman wrote on July 22, 2013 #4

Leave a comment, I won't bite ;)

feed for comments on this post.

Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.