Terkilan Dengan Utusan Malaysia

Boleh dikatakan setiap hari aku membaca akhbar online Utusan dan setiap kali juga aku rasa kesal tetapi aku teguhkan hati meredahi onar.

Aku kesal kerana pada aku, Utusan tidak ubah perangai seperti seorang barua di sekolah menengah. Seorang barua adalah seorang yang melaga-lagakan orang lain. Apabila aksi tumbuk-menumbuk berlaku, si barua ini pula akan bersorak. Barua saling tidak tumpah seperti syaitan yang membisikan kata-kata dusta untuk melagakan manusia.

Aku juga terkilan, orang tua seperti datukku membaca Utusan sebagai daily-dose, pengubat kebosanan. Datukku uzur orangnya, halus jiwa nalurinya. Tersalah kata, maka merajuklah si tua itu. Utusan pula sering membuat kenyataan the truth but not entirely ini membuatkan warga tua yang sakit lutut melompat  seakan terkejut dengan berita yang disiarkan.

Sering kali juga api kemarahanku menyala terhadap perkara yang tulis dalam Utusan. Namun setelah berita tersebut disiasat melalui saluran lain, aku dapati akhbar Utusan yang kurang tepat. Nyata Utusan berjaya memesongkan perhatian aku dari agenda sebenar. Masalahnya, perlukah ada golongan sebegini yang menjadi barua dan dalang dalam masyarakat?

Sedarlah wahai penulis Utusan, dunia ini sementara sahaja. Tiada apa yang akan kamu dapat jika jiwa kamu dipenuhi dengan perasaan benci. Usahlah merosakkan negara yang gigih berusaha untuk bangun.

Terpanggil saya pada dua hadis nabi.

  1. Tidak akan masuk syurga tukang-tukang fitnah
  2. Dusta berada di mana-mana di akhir zaman.

Sebagai waris kepada tanahair ini, aku berharap sangat Utusan mengubah cara penulisan mereka. Hentikanlah usaha untuk menjatuhkan orang lain. Bak kata orang putih, let’s focus on things that matters most.

ps: Aku dah lama tidak menulis dalam Bahasa Melayu, rindu pula.

Published by

NoktahHitam

I am web developer, who's main concern is to save the trees. Nonetheless

17 thoughts on “Terkilan Dengan Utusan Malaysia”

  1. Eddie, media mainstream memang macam tu(Tapi bukan semualah).

    Cetuskan kontroversi, wartawan pulak nak cari berita yang sensasi, panas-panas, dan sensitif.

    Aku tengok blog pun sekarang dah jadi macam media mainstream. Suka taruk benda2 gosip, sensitif, dsb. Hanya untuk tarik pelawat, dan semestinya, untuk kasi poket tebal hasil dari iklan.

    Wallahualam.

  2. Hmm.. Aku bole accept orang yang nak mensensasikan berita, biasalah, the art of writing. Tapi kalau nak melagakan orang, aku tak boleh terima, lepas tu bertempik sana sini aibkan orang. Semua mainstream ok, kecuali Utusan.

  3. normally, i’ll read utusan, berita harian, nst, thestar, malaysiakini, harakah at the same time. (online la – i’m not that rich to buy all that in hardcopy)

    n i’ll read them ‘tanpa perasaan’ ever since utusan dan berita harian wrote an article pasal my cousin and his family died in an accident. they wrote his son died altho he survived, and his daughter survived altho she died. *sigh* some amateur mistakes.

  4. sebenarnya, mengutuk je. tapi sebab kau tulis sopan sgt, aku anggap ni sebagai teguran lah, kepada pihak yang berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *