Taman Rekreasi Seksyen 7 Semak Samun, Minta Perhatian #MBSA

Aku ni jenis pantang tengok semak samun. Lainlah kalau semak itu aku sendiri yang buat. Semak sendiri itu memang sengaja, supaya senang cari barang.

Keadaan di Taman Rekreasi Seksyen 7 tidak ubah seperti medan perang. Sepanjang aku jogging, aku dok sumpah seranah. Gile ke ape buat un-even terrain untuk jogging path? Buatnya salah pijak, mau seminggu tak masuk office sebab terkehel atau terkene paku. Tak ada kesedaran tentang keselamatan langsung!

taman-seksyen7-01

Ni apa punya kontraktor buang tanah merah dekat atas rumput? Rosak rumput!

taman-seksyen7-02

Kawasan rumput jelas menunjukkan kawasan tidak rata. Penuh dengan batu-batan.

taman-seksyen7-03

Beza ketinggian antara kawasan rumput dan jalan turap lebih 4 inci dan tidak kemas.

taman-seksyen7-06

Serpihan batu tidak dikemas. Dibiarkan merata-rata. Awak nak kanak-kanak terpijak ke?

taman-seksyen7-07

Timbunan batu yang dibiarkan sahaja.

taman-seksyen7-08

Tiada zoning. What is this? Apa jadi kalau satu kaki masuk dalam ni?

taman-seksyen7-09

Inilah yang paling aku tak tahan, sampah sarap hasil perangkap tidak dibuang.

taman-seksyen7-10

Tak sangka ada juga orang sanggup memancing sebelah timbunan sampah.

taman-seksyen7-12

Jambatan tiada penghadang. Budak jatuh, budak lemas, budak mati.

taman-seksyen7-16

Lagi tanah merah yang tidak dibersihkan dengan baik.

taman-seksyen7-15

Someone please take this to ‘lost and found’.

taman-seksyen7-14

Kawasan kosong ni, lebih baik dibuat padang basketball.

taman-seksyen7-13

Lagi kawasan lapang. Buat futsal percuma pon best juga.

taman-seksyen7-17

Sampah disumbat bawah jambatan.

taman-seksyen7-11

Jalan mendap. Salah step, boleh patah ankle, bagi yg berat 100 kilo ke atas.

taman-seksyen7-05

Kesan tayar traktor. Besar lopak, boleh jadi tempat pembiakan aedes.

taman-seksyen7-04

Timbunan pasir, mengjengkelkan pemandangan.

taman-seksyen7-18

Peralatan baru, tapi pembalut plastik bersepah-sepah.

taman-seksyen7-19

Jalan masuk ke alat senaman sungguh buruk.

taman-seksyen7-21

Kesan tayar lori yang tidak dikambus, boleh membiak denggi.

taman-seksyen7-20

Di bawah pohon tu penuh dengan sampah sarap.

Diharap MBSA boleh bertindak secepat mungkin dan memilih kontraktor dengan baik. Kalau setakat buat separuh jalan dan tiada panduan keselamatan, baik upah aku je la. Aku pon pandai buat kerja separuh-separuh ni.

Tak perlulah tunggu pilihanraya untuk tolong rakyat. Minta tolong ye.

NoktahHitam

I am web developer, who's main concern is to save the trees. Nonetheless

This Post Has 4 Comments

  1. Ed, better forward these whole photos to MBSA together with the narrations. Kita tunggu dan lihat apa tindakan selanjutnya. Ada tak mereka akan keluarkan kenyataan selain, “Kami sedang menyiasat laporan, dan satu suruhanjaya khas akan ditubuhkan untuk memantau perkara ini.”

  2. LoL!

    I will email them soon, but first it’s important that they think highly of safety precautionary and so does every body else

  3. so far aku tak pernah lari samapi seksyen 7 lagi la. Aku punye routine biasa lari dari sec. 9, gi taman tasik kat sec. 2, lari 10 round, patah balik. next time aku nak gi tengok sendiri kot seksyen 7 sebab tak silap aku tempat ni baru lagi…

  4. 10 round? Kau mmg gile. Tak cukup masa la nak lari lama2.

    Seksyen 7 isn’t actually an old park. It was recently renovated. Supposedly completed by Jan 2013. But still in bad shape.

Leave a Reply

Close Menu
%d bloggers like this: