Sembahyang Tarawih 8 ke 20 Rakaat?

Hari-hari di office time bulan puasa, ade kuliah waktu lunch. Ade hari aku miss, ade hari aku attend. Sedikit sebanyak, dapatlah aku mengisi dada yang kosong ini.

Ustaz Rosli, seorang pensyarah dan juga seorang ilmuan tamadun Islam. Daripada penceritaan beliau, beliau nampak begitu mahir dalam bidangnya. Antara topik yang pernah beliau bentangkan, adalah kisah-kisah sahabat, isteri-isteri Muhammad SAW, sebelum dan selepas kedatangan Islam.


gambar dari Nizam

Ramai yang tanya, mana lagi afdhal? 8 rakaat ke 20? Biar aku petik sebijik-sebijik ayat die.

Muhammad SAW hanya sembahyang 3 kali di Masjid dan buat 8 rakaat sahaja. Muhammad sembahyang 3 kali di masjid sebab 2 perkara; tak nak jadikan tarawih wajib dan masjid time die penuh sangat. Walaupun Muhammad sembahyang 8 rakaat sahaja, tetapi, 1 rakaat beliau ada 3 juz Quran bacaan. Selalunya Muhammad SAW akan habis tarawih mase dekat sahur.

Kemudian, ada orang tanye, 8 ke 20 rakaat? Jawapan beliau:

Orang Melayu selalu bergaduh pasal 8 ke 20, kenape tak gaduh pasal 30 rakaat ataupun 38 rakaat? Memang ada mazhab sembahyang 30 atau 38, tapi kita pilih untuk bergaduh 8 atau 20.

Sebaiknya, tarawih dan amalan kamu itu adalah antara kamu dan Tuhan. Terpulanglah kepada diri sendiri, nak 8 ke 20, atau tak payah. Ibadah tak semestinya dari berzikir, sembahyang tarawih atau bacaan Quran. Bekerja mencari nafkah pon ibadah. Begitu juga dengan derma, berkongsi ilmu, berbaik selepas bergaduh.

Cukuplah, panjang lebar aku sharekan intipati tazkirah. Tak perlulah nak berlagak kalau buat 20, kalau satu rakaat pon tak diterime sebab riak. Sekian.

ps: Kadang2 kalau aku balik awal, ade je suare sumbang, “Aik, 8 je?”

16 Replies to “Sembahyang Tarawih 8 ke 20 Rakaat?”

  1. sabau je la bro..mentaliti masyarakat kita ni buat ibadah pon nak riak..sama jugak mcm “harini ko puasa ke tak”. macam la dia sorg je puasa. adehh..

    pastu ade jgk yg beranggapan terawih ni bleh dibuat kat masjid je. sbb tu kita guna istilah “pergi terawih tak”..kalo buat kat rumah sendiri takkan nak kena “pergi” jugak kan. =p

    Reply to This comment

  2. i like the story… ni wat cite aku plak..haha..

    wah 20 bang? hebat! riak jugak.. 8 je?? hmm tu mcm la dia buat terawih ari2 20… hmm tak solat terawih?? aku jawab ‘dah kang riak plak gi terawuh ari2.. solat 8 org kata muda2 dah malas..solat 20 kata alim” typical malay la..tu soal kamu dengan tuhan… deym! solat tu belum tentu diterima tuhan… janji aku terawih…tak gitu

    Reply to This comment

  3. Yang penting kualiti. Ada sesetengah masjid/surau buat 20 rakaat tapi bacaan tak berapa nak betul, letih makmum nak kejar imam, laju sangat.. Balik ke matlamat asal solat tarawih,

    1. Untuk beribadat
    2. Untuk merehatkan badan yang letih berpuasa.

    Pilih la mana yang nak. Keikhlasan dalam hati masing-masing.

    Reply to This comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *