“Read, and you will be well read.”- No Idea

Portal JAKIM : Fadilat Solat Terawih Palsu

Since this post governs Islamic beliefs, I shall address it in Malay.

Fadilat Solat Terawih Palsu daripada JAKIM Terengganu.

scripture.jpg

Memang tidak disangkal lagi, Solat Terawih tidak dapat dipisahkan dengan bulan puasa. Namun disebalik solat sunat ini, terdapat juga hadis palsu yang berbunyi:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Dan seterusnya.

Untuk pengetahuan bersama, hadis ini telah dimansuhkan oleh pihak JAKIM Terengganu. Soalan ini pernah diajukan kepada tokoh-tokoh agama tanahair. Setelah disiasat dengan teliti (oleh orang yg lebih arif tentang agama), hadis ini tidak ada di dalam Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi.

Walaupun di dalam bulan puasa ini kita sibuk mengejar amalan, tetapi kita harus beringat, setiap ibadah yang kita lakukan ini, haruslah dibuat dengan penuh rasa ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Oleh itu, saya mengusulkan berita ini diperhebahkan lagi melalui blog, forum atau Fave It (di Negaraku) agar kita semua dapat mengambil iktibar. Semua yg baik itu datang dari Allah, yg jahat itu, memang confirm aku lah.

“Sesiapa yang berdusta ke atasku (menggunakan namaku) dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Amin.

ps: That was awkward (writing in Malay)   :eek:

2 September '08 | Serious Matters | Fave it! | Go to Comment Form

1

Kujie wrote on
September 2, 2008 at 4:24 am

InsyaAllah, saya akan panjangkan

[Reply]

2

sinda wrote on
September 2, 2008 at 5:50 am

This is a good post. Begitu juga dengan ‘hadis’ ni yang juga diragui kebenarannya:

(I will copy m paste the so called hadis):

**************************************************

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

*Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK..

**************************************************
Seorang hamba Allah yang prihatin telah menanyakan berkenaan ‘hadis’ ini kepada pihak yang lebih arif dan ini jawapan beliau:

Ini komen daripada kami tentang hadis tersebut

Merujuk kepada Hadis di atas yang tersebar melalui email dan internet akhir-akhir ini, saya ingin mengemukakan pandangan kami dari Bahagian Pematuhan Syariah TISB.

Sesungguhnya Hadis tersebut tidak diketahui sumbernya dan diragui kesahihannya. Kesamaran Hadis ini berlaku dalam 3 perkara berikut:

1- Tiada sumber periwayatan daripada mana-mana ulama’ Hadis yang muktabar.
2- Kandungannya menerangkan bahawa seolah-olah Malaikat Jibril telah menokok- tambah tiga lagi syarat sah puasa iaitu dikehendaki memohon maaf dengan kedua orang tua, suami @ isteri dan masyarakat di sekitar.
2- Hadis ini baru sahaja muncul pada tahun ini.

Kesimpulannya, Hadis ini sangat diragui kesahihannya dan kebenarannya. Justeru, dinasihatkan kepada semua untuk tidak berpegang dengannya serta tidak menyebarkannya kepada masyarakat selagi tidak diketahui sumbernya. Walaupun berkemungkinan terdapat sedikt kebaikan pada ‘hadis’ tersebut kerana menyeru supaya kita bermaaf-maafan, namun ia tetap tidak boleh digunakan.

Ingin juga dimaklumkan di sini bahawa setiap Dalil (al-Quran dan Hadis) yang ingin digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun perlulah mempunyai sumber rujukannya. Bahagian Pematuhan Syariah sudi untuk membantu sahabat-sahabat sekalian untuk mencari sumber kepada Dalil yang ingin digunakan. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari mendustakan Nabi SAW.

Mungkin kita boleh menghayati bersama Sabda Nabi SAW:

Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka.
(Hadith ini menurut Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat)

Wassalam.

Nurmaezah Omar
Jabatan Pematuhan Syariah
03-7801 1427

Sekian. Dipanjangkan untuk pedoman semua,

[Reply]

ImamKhalid replied on
September 2, 2008 at 8:25 am

Sinda, terima kasih di atas info yang berguna ini.

Terima kasih juga kepada Edie NH, yang mengingatkan kita semua supaya lebih berhati2 selepas ini…

Moga Allah memberkati kita semua di bulan Ramadhan yang mulia ini. :)

[Reply]

Mohd Ismail replied on
September 2, 2008 at 1:15 pm

terima kasih juga.. ragu gak sebenarnya dengan cakap2 org pasal mintak maaf sempena Ramadhan ni =) ramai follow.. itu yang bagusnya..

[Reply]

titan replied on
September 3, 2008 at 11:16 am

aku dari dulu agak ragu. tapi tak berani nak cakap banyak. Bagusla benda macam ni dah diulas.. :smile:

3

Extremist Thinker wrote on
September 2, 2008 at 5:55 am

:up: slmt dunia akhirat!

[Reply]

4

abdusfauzi wrote on
September 2, 2008 at 6:20 am

:roll: phew.

[Reply]

5

saffa wrote on
September 2, 2008 at 2:30 pm

yup, semua ibadah sepatutnya kita buat dgn ikhlas.. tak payah nak fikir sgt malam ni pahala apa, malam esok pahala apa..
Yg tu blakang kira..
Yang penting laksanakannya utk mdapatkan keredaanNya. :wink:

[Reply]

6

miss wrote on
September 2, 2008 at 2:50 pm

Thanks for your info. Mohon izin dari NH dan Sinda untuk copy hadis2 yang diragui ini untuk dipanjangkan ke pengetahuan yang lain.

[Reply]

NoktahHitam replied on
September 2, 2008 at 8:05 pm

silekan miss

[Reply]

7

alone wrote on
September 2, 2008 at 11:36 pm

terima kasih atas info.

bukan setakat malam pertama, hadis palsu ini juga menyebut tentang fadhilat solat sunat tarawih sehingga malam ke-30. sehinggakan ada disebut yang apabila solat sunat tarawih pada malam yang ke.. (lupa) ..pahala menyamai seluruh rasul dan nabi2. logik ke? huhu

berhati2. elakkan beramal benda yang salah. kalau saya salah betulkan.

selamat berpuasa NoktahHitam.

peace. wassalam.

[Reply]

NoktahHitam replied on
September 3, 2008 at 1:32 am

“pahala menyamai seluruh rasul dan nabi2″ huisshh.. agak2 la kalau iye pon.

Kite sebagai masyarakat yg resourceful, kene selalu merujuk pasal agame. Ini kerana, mende yg orang tue kite blajar dulu, mende turun temurun. Ntah betul atau salah, dorg amik je.

ade satu hadis palsu ni, kalau kite tinggal solat zuhur, dose die same macam zina dgn mak sendiri. Gile ke ape. Tinggal solat dah confirm berdose, tak yah tambah2 lagi.

[Reply]

t.a.t.a replied on
September 3, 2008 at 8:29 am

Err solat zohor ke magrib?

8

megat wrote on
September 2, 2008 at 11:56 pm

lakukan apa yang termaktub sahaja, kenapa mesti mengikut dari sumber yang belum diketahui baik buruknya.

sekarang ni klu nak difikirkan byk perkara yang dah tak betul. rujuk terus kepada yang betul2 bijak pandai dalam agama. ini tak boleh dibuat main2. subhanallah!

lakulanlah ibadah dengan hati yang ikhlas dan bukannya mengharapkan balasan.

ps: izinkan aku panjangkan artikel tersebut.

[Reply]

NoktahHitam replied on
September 3, 2008 at 1:27 am

silekan megat :smile:

[Reply]

9

sinda wrote on
September 3, 2008 at 12:18 am

miss: Ilmu tu milik semua. Glad if u can disseminate the info to others. ^_^

[Reply]

NoktahHitam replied on
September 3, 2008 at 1:26 am

lame tak nampak, bace ikut Google reader ke?

[Reply]

sinda replied on
September 3, 2008 at 6:12 am

Oh yeap! That is the easiest way to get updated with all the blogs i read without much hassle! Sorry for not asking ur permission at the first place. :oops:

10

Fahmishah wrote on
September 3, 2008 at 12:39 am

Berkenaan perkara ini, memang sudah lama disebarkan cuma masyarakat umum yang mungkin terlepas pandang.

[Reply]

NoktahHitam replied on
September 3, 2008 at 1:26 am

pernah keluar paper, tp seharusnya keluar setiap kali bulan puasa. Kite kene beringat selalu.

ps: aku tau pasal ni last 2 years.

[Reply]

11

chot wrote on
September 3, 2008 at 10:09 am

mm..makin lama makin konfius dibuatnya..

[Reply]

12

[…] Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan. […]

13

rohaizad wrote on
September 3, 2008 at 11:54 am

aku sampai sekarang masih lagi confuse mengenai perkara ini. ermm.. sebab dah lama dah dapat email macam nie dulu.

saper yang harus ke hadapan yea?

[Reply]

14

Kujie wrote on
September 3, 2008 at 12:01 pm

Semalam saya cari entri ni tak jumpa utk buat linkback..

[Reply]

15

rose wrote on
September 3, 2008 at 3:54 pm

Salam. Masyarakat akan trus terima bila sesuatu nmpk elok n ada unsur keagamaan tanpa selidik ujung pngkl. Hadis palsu ni ok lg sbb blh bwk kebaikn cuma jgn hebah’n. U all penh dngr nama buku tjk ‘Al-Kitab’?Bunyi cam buku agama kn? Sbnrnye ‘BIBLE’ versi Malaysia. So b’hati-hatilah dlm mndpt’n sumber. Selidik n tanya pd yg arif..SELAMAT BERPUASA..

[Reply]

NoktahHitam replied on
September 3, 2008 at 6:03 pm

kadang bile senang, aku bace gak bible. just nak widen pemandangan

[Reply]

rose replied on
September 4, 2008 at 4:54 pm

ok la tu. x slh baca bible. pak ustaz pun kaji bible sblm b’dkwh.yg bahaya klau baca bible tp x tau buku tu bible. mcm hadith palsu. x tau hujng pangkl..blh t’pesong.

16

Fariz Bakar wrote on
September 3, 2008 at 8:35 pm

this is malay muslim problem. x sepatutnya takut untuk membaca kitab2 agama lain dan juga xsepatutnya takut untuk masuk ke gereja/kuil. jgn jadikan semuanya taboo.

[Reply]

17

Mohd Sufian wrote on
September 3, 2008 at 9:29 pm

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memberi peringatan kepada kami sehingga membuat hati kami bergetar dan air mata berlinangan. Kami berkata: Wahai Rasulullah! Seakan-akan ini wasiat perpisahan maka berwasiatlah kepada kami. Baginda bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertakwa kepada Allah, sentiasa mendengar dan taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu selepasku akan melihat ikhtilaf yang banyak, maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham. Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”. - Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, Turmizi dan Ibn Majah

[Reply]

18

[…] to respect the mosque?Every year, I’d face the same agony, kids cracking fireworks while performing terawih. It’s very hard to concerntrate. 2 things crosses my mind throughout my […]

19

kreatiiv wrote on
September 5, 2008 at 1:32 am

Selalu gaks ada benda macam ni berlaku. I don’t understand why people would be so calculative in doing prayers? Sembahyang je la.

I love Saffa’s statement!

Yang penting kita dapat keredhaanNya and syafaat Nabi kita.. :)
Thanks for the informative post though.

p/s my best friend icednyior showed me your puasa rokok pic. aiseymen… :mrgreen: . Very powerful picture. Boleh I request you buat in English? Leh I bagi kat my boyfriend LOL

thanks again man.

salam

[Reply]

20

[…] JAKIM : Fadilat Solat Terawih Palsu di blog Noktah Hitam dan di blog […]

Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.