Portal Aduan MBSA

Sebenarnya sangat mudah untuk mengacu aduan kepada MBSA secara online. Tak perlulah nak call kalau dah malas sangat atau nak jimat kos.  http://aduan.mbsa.gov.my

portal-aduan-mbsa

Kalau tak puas hati dengan longkang ke, pokok lendut sgt ke, jalan kotor, neighbor buat drama Melayu jerit sana-sini, main kompang tengah malam, jalan pecah etc. Semua jenis masalah dah memang listed dalam portal tersebut.

Cara nak gunakan sangat mudah, daftar akaun baru dan anda boleh terus log masuk. Daftar masalah dan pastikan ia dihantar (kadang-kadang aku pon terlupa tekan “Send”). InsyaAllah akan ada tindakan susulan oleh pihak MBSA.

mbsa-problem

Pagi tadi, aku pergi jogging lagi. Kali ni perangkap sampah di tasik sudah pun bocor. Habis sampah berteraburan di gigi tasik akibat dihanyut ombak kecil. Tu nasib baik bau dia belum naik lagi. Sok lusa bau sudah naik, kita cari port lain la kot?

Kalau ikut gambar di atas, sepatutnya siap 20 Januari 2013. Ini sudah bulan Mac. Macam mana Bina Warisan Enterprise buat kerja ni? Aduh hai. Langsung tiada sifat amanah.

3 Replies to “Portal Aduan MBSA”