• NH and friends NoktahHitam is my alter ego. I am a nocturnal Web Developer at Laman7. Part time innovator, full time procrastinator.

  • “A friend is one who has the same enemies as you have.”- Abraham Lincoln

Open Letter to Maybank

Pada 19 Ogos 2010, saya dapati akaun simpanan saya telah dibekukan. Saya telah membuat panggilan kepada pihak Maybank berkenaan pembekuan akaun. Saya diberi tahu bahawa hutang kad kredit saya belum dilunaskan. Oleh itu pihak bank akan menolak sejumlah RM 917 daripada akaun saya. Bank tidak sekalipon cuba untuk menyelesaikan cara lain, sebaliknya hanya berkata, “I’m sorry”.

Pada 21 Ogos 2010, bank telah pon menolak RM 917 dari akaun saya. Berkali-kali saya terangkan melalui telefon, bahawa jika Maybank berbuat demikian, komitmen saya terhadap pinjaman kereta, perbenlanjaan sehari, duit minyak, apatah lagi perbelanjaan menjelang Hari Raya akan terganggu.

Saya kesal dengan tindakan bank sebegini kerana;

  1. Tiada sebarang surat dihantar untuk memberi tahu tarikh pembekuan akaun.
  2. Tiada panggilan dari pihak bank berkenaan pembekuan akaun dan tunggakan kad kredit.
  3. Bank telah membekukan akaun saya, walhal itu semua adalah wang saya.
  4. Tiada sebarang ‘mutual understanding’ berkenaan penyelesaian baki.
  5. Bank telah menolak baki RM 917 daripada akaun saya tanpa persetujuan saya.
  6. Bulan depan sudah Hari Raya, tetapi saya tidak punyai wang untuk dibelanjakan.
  7. Saya telah merayu supaya tidak menolak RM 917 dari akaun saya dan meminta untuk menyelesaikan baki minimum.
  8. Bank tidak seharusnya membekukan akaun tanpa pemberitahuan atau notis.
  9. Jumlah tunggakkan adalah RM 907, tetapi dikenakan tambahan RM 10. Untuk apa, saya pun tidak tahu.

Sekarang, kerosakan telah dilakukan, wang telah dirompak dari saya. Perbuatan Maybank saling tak tumpah seperti Ah Long, di mana mereka membekukan akaun, memaksa pelanggan melunaskan hutang dan membiarkan pelanggan mengikat perut untuk menempuh seharian. Mana pergi kemanusian?

Saya terkilan, kerana sanggup syarikat gergasi yang selama ini saya setia sejak bangku sekolah lagi telah menindas orang kerdil. Apalah sangat RM 917 itu kalau dibandingkan dengan USD 1 billion untung selepas cukai yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdul Wahid.

Apakah wajar bank menindas golongan usahawan yang tidak berjaya macam saya? Bukankan ada cara lebih baik selain merompak dari akaun saya? Tidakkah Maybank boleh menyusun ansuran selama tiga bulan? Yang paling penting, mengapa menjelang Hari Raya?

Oleh itu, saya sarankan kepada masyarakat umum, jika hendak menggunakan kemudahan kredit kad, pilihlah bank lain. Janganlah anda terikat dengan Ah Long gergasi seperti Maybank.

ps: This letter was sent to all major online news publisher, utusan, harian metro, berita harian and kosmo.

pss: Share this by clicking the facebook, retweet it and like it. The public needs to know before they get roped in like I did.

 

There are 64 Comments for “Open Letter to Maybank”

nickname dalam surat khabar letak eddie ke noktahhitam? :p

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

-Ed

glamour skit. Jumaat ade bro? Bukak pose jom.

Reply to This comment


blowie wrote on August 24, 2010 #1

harap harap azab ko akan berakhir
same goes to other ppl

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Aku bersumpah akan terus mengutuk maybank seumur hidup aku. hahaha., padan muke.

Jumaat ni ade KL tak?

Reply to This comment


oDiN replied #1

ada bro .. nak ajak ngeteh ke ?

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Nope, bukak pose :)


oDiN wrote on August 24, 2010 #2

Ada baca agreement tak masa bukak akaun? This kinda thing happen commonly to debtors. No point arguing, you signed it.

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Nothing in their agreement that relates, credit card to savings/current account. And if they updated their agreement, it’s something beyond my knowledge. Anyway, shit happens, Maybank that is.

Reply to This comment


Irfan wrote on August 25, 2010 #3

Gunalah Bank Islam :)

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Tak byk cawangan.

Reply to This comment


emran replied #1

Bank Islam pun sama jugak….saya pun pernah jugak kena deduct….kadang malas nak g beratur,,nak guna online banking pun selalu lembab……tulah… alih2, tengok baki kurang….siapa tak panas hati kan….

conclusionnya semua bank sama kot…
tak kirala yang pakai cara islam atau tak…kejenya tau duit masuk on time…kalo tak aku potong ikut suka aku…

Reply to This comment


umar abdul aziz replied #1

sebelum mengeji CARA islam, cuba kaji selidik dahulu samada cara itu benar-benar berpandukan syariah. malang sekali, tidak ada satu pun bank yang menggunakan CARA islam yang sebenarnya. Asas kewangan islam tidak bolah menggunakan sistem kewangan fiat. maka selagi sistem kewangan fiat diguna pakai, maka kita jauh sekali dari CARA ISLAM.

Reply to This comment


zainol replied #1

salam.semalam saya cek ada debit tanpa pengetahuan saya dari current account.bila saya pastikan rupanya pihak maybank memotong ansuran kereta dari akaun syarikat.mmg saya tertunggak 2bulan kerana ada masalah kewangan sedikit.tapi takkanlah sampai memotong tanpa pengetahuan saya?bagaimana cek yang telah ditandatangani keluar?maybank langsung tidak menggunakan budi bicara@tolak ansur.saya amat kecewa dengan hal ini yang selama ini saya dah menggunakan maybank hampir 20tahun..

Reply to This comment


Loq wrote on August 25, 2010 #4

update bila surat dah berjaya disiarkan :)

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Kalau aku perasan lah. Insya Allah.

Reply to This comment


stereo wrote on August 25, 2010 #5

Ni boleh buat satu movie raya ni.
Inspiring story how a small man facing a big corporate giant. Buat ala2 Erin Brokovich pun OK.

Reply to This comment


hilman wrote on August 25, 2010 #6

Pengolahan Bahasa Malaysia anda agak teruk..saya sarankan agar anda menjelaskan situasi yang ada hadapi ini dalam Bahasa Inggeris.

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Lame tak pakai secare formal

Reply to This comment


Hmmm wrote on August 25, 2010 #7

Antar ke news pakai nama Ed je? Apsal x pakai nama sebenar? Jadik mcm surat layang jela gini. rugi rugi..

Reply to This comment


Anwar Osman wrote on August 25, 2010 #8

Ini entri ke-3 pasal ‘Along Kepala Rimau”
tunggu episode seterusnya…

Reply to This comment


Kujie wrote on August 25, 2010 #9

aku ada lebih kurang kes camni. tapi bukan maybank. hutang kad kredit aku. Seratus lebih la. Aku dah bayar. Tapi takde update. Surat masih hantar ke rumah mintak aku bayar hutang.

Nasib masa aku wat loan kat maybank, lepas. Diorang nak slip gaji. So, lepas la. Kalau tak, loan aku tak lepas hanya kerana duit seratus lebih tu..

Reply to This comment


titan wrote on August 25, 2010 #10

Salam Eddie,

Agak melampau!
Suka-suka hati sahaja berbuat demikian!
Ish ish ish ish..

Reply to This comment


Dayah wrote on August 25, 2010 #11

dah 2 orang kawan saya kena, puncanya ialah sebab sangkut kredit kad maybank dan memang benar la orang dok heboh ckp maybank ni kalau ada akaun dgn dia dan at the same time guna kredit kad dia, kalau sangkut payment je mesti dia bekukan akaun

member aku kena sampai tinggal rm1 je duit gaji, menangis beb

tak tahu nak ckp mcm mana, maybank mmg kejam

Reply to This comment


mizey replied #1

aku dah kena… duk kl… duit gaji RM1 tinggal dlm bank… maka bermula episod pinjam along… pada sape nak ngadu benda nih ye…

Reply to This comment


mijie wrote on August 26, 2010 #12

Walaupun aku bekas pekerja Maybank aku sokong kau. Inilah kalau pekerja yang kurang budi bicara, Sebenarnya dalam bank ada pakai budi bicara tp dalam case kau officer ni mungkin ego. Benda boleh nego.

Reply to This comment


haritz wrote on August 26, 2010 #13

tggu apa lagi bro,summit sama ke Aduan Rakyat TV3 http://www.tv3.com.my/aduanrakyat/
kasi En Karam Singh Walia kita kasi diorg pantun 18 kerat

Reply to This comment


Cr4sh wrote on August 26, 2010 #14

hutang tetap hutang.. itu maybank yg kutip hutang, dah dikira kejam. Kalau Allah kutip hutang, nak kira macam mana?

Kenapa biarkan hutang kad kredit tak berbayar? Salah bukan berpunca dari org lain, sendiri jugak.

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Setuju, tetapi tade satu notis pon beritahu berape byk kene bayar. Statement bulan2 dah lame tak dapat. Last dapat 2007. Abes tu sy nak bayar mcm mane kalau jumlah pon tatau?

Jgnlah relate dengan isu agama kat sini, tade kene mengene pon.

Reply to This comment


umar abdul aziz replied #1

bila manusia mengasingkan agama dengan cara hidup, maka dia hanya menzalimi dirinya sendiri.

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Baiklah, tapi artikel ni langsung tiada unsur Agama, kalau mahukan sesuatu berunsur agama, mungkin saya tidak layak memperkatakan apa-apa. Redha dan sebarkanlah setakat mana yg patut. Bukankan doa orang teraniaya itu makbul? Maka saya doakan agar tiada manusia lagi akan ditimpa perkara sulit sebegini.


mommy wrote on August 26, 2010 #15

adik aku pernah complain psl credit card die xdpt w/pun dah 2 kali apply. die cc kat wahid trs.
lps 1 week, trs dapat.

try la cc kat wahid.

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Ko ada email Wahid ke?

Reply to This comment


hsn replied #1

xdpt lak contact adik aku; offshore.
try tanye mldr.

Reply to This comment


hsn wrote on August 26, 2010 #16

semua bank sama jer kalau tak settle kad kredit. bukan maybank jer… in other words, bank2 ni semua zalim pada orang kecil tapi orang besar2 yg hutang juta2 diaorang tak buat apa2 pun… tak berani pun nak mintak…

Reply to This comment


papabear wrote on August 26, 2010 #17

aku baru je terbaca dalam malaysiakini smlm, ko ke NH oh :)

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Hahaha betul la tu :)

Reply to This comment


lochoe wrote on August 26, 2010 #18

Ed, kwn I kena mcm u jugak dgn Maybank recently, tp mortage la, bukan CC. So far I pakai RHB, PB bank klu setakat ada due 2-3K, tak penah pulak kena beku saving account, ganas betui maybank nie

Reply to This comment


zaki wrote on August 26, 2010 #19

mateko cangkemu dasar asu, saknone uripmu soro nak.. nak..

Reply to This comment


kintul wrote on August 26, 2010 #20

Salam pada org yg teraniaya.

Very2 simple… sahabat gaji dekat maybank kan? pergi ke Human Resource (majikan) sahabat tukar bank lain. simple… so CC dari Maybank takboleh sesuka hati sedut duit sahabat dari account baru sahabat.

OK?… perkara kedua pula… CC ni?senang je… berkeras dgn org tersebut jika dia berkeras kepada kita. sebab?CC takde guarantor … klu kita mati… free2 je hutang tu burn. :) jadi… lawan dan lawan.. saya bercakap atas dasar saya keje bank… CIMB bank lagi tu… saya sangkut CC dekat maybank… dia push saya mintak bayar… abis RM3k.. saya kata itu hak saya nk bayar braper… kita lawan….

so… make sure gaji nye account dengan CC tidak sama..be careful dengan taktik2 bank ni… jgn ambik CC dengan bank yg sama dengan gaji kita..

tadaa……..

Reply to This comment


BukanNamaSebenar wrote on August 27, 2010 #21

“menindas golongan usahawan yang tidak berjaya macam saya?” Eh, why did you write this?

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

1. Because it’s true.
2. To gain sympathy.

Reply to This comment


menj wrote on August 28, 2010 #22

i hated maybank for the longest time ald and told everyone why i will not use their services forever. alw charging money for everything! BANNED!

last time, when u even check ur acc balance on their ATM, u can also be charged for doing so!! @#$@#^$$%^$%#!!!!!

Reply to This comment


naeboo wrote on August 31, 2010 #23

yup..true indeed, even me the staff of maybank itself also experience the same thing. futhermore, they cut from my bonus more than the minimum amount. can u imagine? its just before raya, n my family n i were celebrating raya without new cloths n kuih raya! really cruel la maybank… they didnt nego at all, they straight away sent a letter n freeze the account.

Reply to This comment


summer wrote on September 27, 2010 #24

saya pun salah sorang mangsa maybank tu..masa nk raya ritu minta wat full settlement rm6k…mendesak2 the collector sampai sehari 4-5kali sampai naik tension. rayu punya rayu…dia bagi 3 x …due date 25.10.2010. so terpaksa jugak bayar ikut jadual yg diberi, tapi pada 5.10.10 saya selesai bayar (awal dari due date la)….

yang anginnya….macam nak mampus minta release letter…..call sampai dekat 10 kali sehari…asyik mesin yg jawab. Kalau staf dia yg jawab pun…berlainan jawapan..bila tanya ada any problem ke surat tu tak kuar lagi…kata tak de…bis tu?? kata dalam 2 hari je…ni dah seminggu….pasal updated address, phone number, fax number sumer dah berkali2 bagi….sampai hari ni..dh seminggu lebih tak dapat2 lagi surat tu… masa nak tuntut hutan mengalahkan along….!!! memang sampai mati pun i will make sure tak de apa2 urusan yg mendatangkan keuntungan utk maybank…!!!

Reply to This comment


zarinbalqis wrote on October 13, 2010 #25

sampai dekat 20 kali call..lebih kurang dlm 5-6 kali je berjaya bcakap dgn staff remedial dept maybank….at last petang tadi dpt la release letter tu…yg sakit atinya….berkali2 dh bgtau the latest address , tel no…tapi alih2 dia letak address lama…dh tu kelabu asap jer surat yg dia fax tu…tgk2 siap dh ditandatangan kt acknowledgement….(konon2 aku yg sign)……apa hal r dgn maybank ni???

tlong advice

tq

Reply to This comment


zarinbalqis wrote on October 14, 2010 #26

beb problem aku sama mcm ko. Tapi kes aku lagi sadis. Keta aku pun dia tarik jugak. masa tu aku memang susah. 3 bulan x kerja. Skarang aku dah x pakai bank ni lagi. aku dah BANNED se umur hidup ku

Reply to This comment


kimie wrote on October 27, 2010 #27

Saya juga mempunyai masalah dgn Maybank. Dua bulan saya tertunggak bayar ansuran rumah kerana tiada kerja. Tanpa merujuk kepada saya mereka telah menghantarkan kepada saya surat peguam nak menyaman saya. Bukannya saya baru buat pinjaman tetapi sudah lebih 10 tahun saya bayar ansuran rumah. Ini lah sikap bank yang tidak prihatin terhadap rakyat.

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Tak prihatin langsung! Habis tu mcm mane sekarang? Die sudah lelongkan ke? Selalunya rumah die ambil mase lama sebelum disita, 3-6 bulan. Sbb die still kasi peluang.

Reply to This comment


Mohd Rawi wrote on March 11, 2011 #28

[...] 1. Open Letter to Maybank (46) - Wrote an open letter to Maybank in Bahasa Melayu. It was featured in MalaysiaKini column and got a call from a Maybank director to take down the post. It was credit card issue. [...]

Kesian Kepada kita yang kerdil ni, aku baru kena ni, maybank hantar wakil agen kutipan dia, siap datang rumah hari ahad lagi, telefon usah cerita la banyak kali… walaupun pun dah 8 tahun aku pakai CC maybank ni dan 4 bulan kebelakangan ni yang tak bayar, pergh dia kejar macam ada share ngan maybank. tu tak kira dia bahasakan kita lagi. Sabar jer la. aku dalam proses mengkaji hak kita sebagai pengguna dan penyumbang pendapatan kepada maybank dengan charge2 yang dikenakan tu.
Aku tengah baca buat research sikit law site, rujuk bank negara, lawyer, dan lain2 lagi.
Bukan tak nak bayar, nak bayar dengan cara yang patut padan la. yang mampu milik.
so harap2 dapat info dari kawan2 yang senasib yang boleh bantu untuk dapat keadilan!

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Teruskan usaha bro. Aku paling benci kalau bank menindas. Dah tau kite tak leh bayar, lagi mau pakse. Buatnya penghutang stress then bunuh diri, mane dorg nak claim balance? Betul kata awak, buat secara mampu milik.

Reply to This comment


BAHAR wrote on April 26, 2011 #30

mmg mcm sial..
aku kena freeze xpasal2..bank salah keluarkan notis aku bankrup pastu lawyer dah tarik balik kes n dah isu surat tarik balik kes..sampai hari ni akaun aku freeze lagi..padahal aku kna notis dgn bank lain..bila call bank berkenaan tu dorg ckp xde kene mengena dgn saving acc aku sb aku cuma penjamin..knapa maybank freeze acc aku?dah tu aku buat loan asb dgn dorg..tiap bln mtk bayar..nk byr cane dh freeze acc..pas ni aku nk tukar akaun gaji n aku nk tutup akaun maybank..mmg mcm sial

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Lagi gampang kes ko

Reply to This comment


charmaine wrote on June 29, 2011 #31

tau xpe..sial kn?menyusahkan org..bank aku yg lain xde masalah pn..bangsat giler

Reply to This comment


charmaine wrote on June 30, 2011 #32

Salam bro. sehari sebelum raya bulan lepas.Aku check online gaji dah masuk.2K. Bergegas aku ke maybank dgn harapan nak tukar duit utk angpau dan duit nak pulang beraya.Aku cuba kuarkan 1K kat atm.transaksi anda tidak berjaya.dan cuba 3 mesin atm.sama jugak.aku tulis kertas pengeluaran duit dan beratur sejam.minah teller tu kata,akaun encik dah kena blok.dia suruh call no 1300-m–bank-ahlong.dia kata akaun kena blok sebab xde buat payment CC since last payment on 2006.kad limit aku 3K.aku hutang kad tu dulu 2.6k.aku bayar last skali 300.patutnya hutang ada lagi 2.3k. Operator tu kata aku kena bayar lamsam utk unblock kan akaun aku semula.aku tanye brapa total? 14K.wat da f** aku ckp kat dia.esok dah raya.takkan xde cara lain blh settle? Aku ckp kat dia, u tolak le dlm akaun saya utk minimum payment.tak boleh dah encik,sbb last payment pun 2006.mesti nak kena bayar abis.aku x penah dpt pun statement every month.brape byk interest dia makan pun x tau la.aku beraya ke kampung wife aku.xde kasi angpau.kasi senyuman je bro.senyum pun muka kelat.hati sakit. Kalau ada sesape tau,boleh ke kita ambik tindakan kat bank tu? Dia xde kasi apa2 surat notis.lagi satu aku dgr,freeze akaun utk yg bankcruptcy dan yg ada surat perintah dari mahkamah je valid utk freeze acc ni.aku cadang nak buka acc al-rahji.sbb dah bgtau payroll utk kasi cheque pasni.ada kemungkinan tak acc baru nanti akan di freeze jgk?wlupun aku kena byr loan kete dgn maybank,terpaksa le hutang dulu dgn bini.travel expenses pegi keje 140km pegi balik.tol,minyak,duit anak2,duit umah,.bil letrik,astro,digi.semuanya sangkut pasal maybank a.k.a yahudi bank ni.

Reply to This comment


Farid wrote on September 22, 2011 #33

lain kali kalau dah x reti sangat nak manage financial sendiri, stop la guna cc, spend only what you have earn, pi cari akpk ke..jgn salahkan bank, ingat bank tu x tanggung risiko ke bg pinjaman kt korang..nk mntk simpati bank , masa guna duit tu x ingat..

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Ni yg bodo bahalul ni. Kalau dah kete masuk air, tetibe kene bayar 4k utk overall and repair macam2, mane nak korek duit? Bapak ko nak bagi? Mulut tu jgn sebarangan. Credit card tu orang bukan gune utk shopping la bodo, utk emergency.

Reply to This comment


APTB replied #1

ko ni mmg BANGANG gak kan! aku x penah pon hadap nk berCC ni bagai…org da offer free xkn x amek bodo! aku bru pakai 2.6K…skrg da kene byr balik jadik more than 5K! aku ni rajin gak byr EVERY MONTH! tp tiap2 bln rate naik dgn sronoknyer…bile aku x byr 2-3month, DUIT aku dlm akaun kene potong terus WITHOUT NOTICE! peraturan ape yg korg pakai?!! suke2 hati nk telan nak freeze REZEKI org?>!!! pikirla weiii…

Reply to This comment


sumi wrote on January 12, 2012 #34

salam sumer.. aku pon nk share lah sket.. 2009 aku de hutang CC ngan Maybank nih.. pokok dlm 3.5k jer.. lepas 5thn kalu xsilap, aku kene 27k total..
pe yg aku wat, prepare surat mintak kurang tp kasik blank kt amount yg nk mintak, jgn g agensi kutip hutang, aku naik direct menara Maybank tuh, jupe officer yg handle file aku..
aku ckp aku dtg nk bayar bkn nk lari dari hutang.. mintak di consider win-win situation..
lps bincang2.. dia mintak 17k.. aku ckp aku mampu lumsum 6k jer (padahal aku dh sanggup 10k).. dia mintak monthly payment ngan stop interest..
aku refused, aku letak surat ngan 8k nilai settle yg aku mampu..
lps seminggu lah gak, officer tuh call dia ckp dh cuba last amount aku kene 15k..
aku ckp jer take it or leave it.. u leh blacklist me, am going court & i’ll pay 50/month only.. u’ll not close my file & thats ur performance as debt officer..
terus dia kata he’ll try nego lg.. tut2 dia call tanye leh tak byr 10k but within 2 days..
alhamdulillah sbb mmg aku dh pegang 10k max duit utk settle..
lepas 3bln br sampai surat pelepasan..
settle kes tutup file, dh xde ahlong call lg..
hope this will help others..

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Perghh… dari 3.5k ke 27k? gilo apo! Menipu kuat.

Reply to This comment


Bab wrote on August 8, 2012 #35

salam, saya juga melalui perkara yang sama seperti saudara. Saya sendiri tidak faham Maybank ‘freeze’ atau ambil semua wang saya dari akaun. Kebetulan hari itu hari gaji saya dan saya hilang semua wang dari akaun. Bukan bayaran kereta sahaja yang tertunggak, segala komitmen bulanan saya terganggu malah saya juga tidak mampu beli susu anak yang ketika itu baru 7bulan. Terdesak jangan cakaplah rasa nak ‘bakar’ je Maybank bila di aniaya macam tu. Baru-baru ni saya call Maybank apa cara boleh settle untuk unfreeze akaun depa kata bayar 2k dan akaun akan bebas dari beku dan duit tu ada dalam akaun. Dah buat bayaran sampai sekarang hampeh bila call dia pulak berdalih dengan kita. Apa nak buat?

Reply to This comment


lil d wrote on March 12, 2013 #36

bedebah tak? semalam gaji bulan March was credited to my account dan saya dah ada agreement dengan maybank collection department untuk buat full settlement untuk credit card saya. pagi semalam saya bank in 4K untuk settle outstanding balance. niat saya ialah untuk hidup debt free and just live with whatever cash I have. boleh tak malam semalam nak beli movie ticket online keluar error “Insufficient Funds” padahal masih ada cash dalam account so saya dah agak mungkin account saya kena freeze. bila call customer care mereka confirmed account dah freeze tapi mereka tak tahu reason. kalau nak tahu reason kena tanya dengan branch yang issue account ni on working days only. memang macam hampeh la macam ni penat puji maybank kiri kanan atas bawak tup tup kena macam ni :( tanpa sebarang notis bekukan account pelanggan. lepas saya settle semua hutang lagi lah sakit hari. memang what the heck?

Reply to This comment


iambroke wrote on March 30, 2013 #37

geram sungguh dengan maybank ni..boleh dia p freeze akaun aku..silap aku juga sebab combine 2 kad..so yang balance dr kad lagi satu tu dia kira outstanding balance yang belum dibayar..rasa nak maki hamun je officer td

Reply to This comment


maybank suey wrote on July 1, 2013 #38

walaupun 500 plus++..tetap duit tu wey..huhuhuhu ;’-(

Reply to This comment


maybank suey wrote on July 1, 2013 #39

Leave a comment, I won't bite ;)

feed for comments on this post.

Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.




 
%d bloggers like this: