• NH and friends NoktahHitam is my alter ego. I am a nocturnal Web Developer at Laman7. Part time innovator, full time procrastinator.

  • “Try not to become a man of success but rather to become a man of value.”- Albert Einstein

Mari Membuat ‘tag’ Dalam Bahasa Melayu!

It’s been a while since I played the tag game, what more, in Malay. This is a continuity from Bong’s blog. Time polish my rusty ‘tatabahasa’.

Syarat-syarat :

  1. ‘Tag’ dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
  2. Tag orang yang telah men’tag’ anda
  3. Tag orang yg anda mahu tag.

0. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
Buang air besar sambil bermain dam haji di dalam telefon bimbit.

1. 2 jam yang lalu?
Menghantar Encik S ke hentian Duta dalam keadaan traffik yang amat mendukacitakan kerana semua bergegas pulang dari kerja. Mujur ada DUKE, 15 minit sahaja masa perjalanan yang diperlukan untuk sehala.

2. Anda suka – Buang air besar sambil bermain dam haji di dalam telefon bimbit.

3. Minggu lepas – Pon sama, buang air besar sambil bermain dam haji di dalam telefon bimbit.

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali

5. 3 binatang yang anda tak suka

  • Nyamuk, kerana selalu mengganggu saya membuang air besar.
  • Lipas, kerana  suka bermain “aci-cak” ketika saya membuang air besar.
  • Lalat, kerana saya memang tidak suka.

6. 5 fakta tentang anda

  • Saya gemar membuang air besar, anda pun sama.
  • Saya sering diganggu oleh jejaka-jejaka gay.
  • Saya gemar berlari sambil memerhatikan langit bertukar warna.
  • Saya tidak suka bergaduh mulut, bertumbuk lagi mudah.
  • Saya seorang jahat dan nakal.

7. Tahun depan mungkin – Saya pusing satu Malaysia dengan motorsikal hebat, merantau ke pekan-pekan terpencil sambil bergambar bersama warga tua. Saya juga mungkin menyambung pembelajaran saya ke tahap lebih tinggi. Dan paling penting sekali, membuang air besar sambil menyelesaikan Sudoku (masih tiada permainan Sudoku yang baik untuk Symbian, mungkinkah saya buat sendiri?).

8. Saya tak reti – Memujuk orang tetapi saya akan cuba sehingga berjaya, kerana saya tidak kenal erti putus asa.

9. Saya pandai – Bermain dam hasil dari latihan berbulan-bulan (sejak dipasangkan dam di dalam telefon bimbit). Saya juga pandai membuat kek. Tetapi sejak beberapa tahun lalu, saya malas untuk mencuci dan menyimpan perkakasan.

10. Kawan saya – Wajib didahulukan sebelum saya.

11. Saya ada – Hati dan perasaan, tetapi tidak tahu ke mana hendak ditujahkan.

12. Saya seorang – Web designer dan web developer yang berbakat tetapi malas. Terkadang terasa menyesal kerana berhenti dari bidang kejuruteraan yang jauh lebih lumayan. Tetapi, wang bukanlah segalanya.

13. Adik saya – Mahu berkahwin bulan depan dengan seorang pembaca tegar blog ini. Saya sudah mula pening kepala memikirkan soalan mengenai giliran saya pula.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)

  • Makan, kerana ini keperluan.
  • Bernafas, ini juga keperluan.
  • Tidur, ini sangat diperlukan dan digemari.
  • Emak saya.

15. Bilakah pertama kali anda bercinta?
Bila saya keluar dari perut lalu membuka mata melihatkan emak saya.

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda – Saya bukan seorang gay.

17. Saya rindu – Emak saya, walaupun beliau di tingkat bawah sambil melosohkan kepenatan bekerja sepanjang hari .

18. Saya tak sabar – Untuk menyiapkan kerja-kerja bertangguh saya.

19. 5 laman yang anda selalu layari:
Sama seperti anda, NoktahHitam, Gmail, Youtube, RasyanFikir dan Facebook.

20. Siapa yang anda mahu tag?
Ada terdetik perasaan ingin men’lencana’kan orang, tetapi tidak pasti sama ada mereka sudi atau tidak. Tidak mengapa, saya cuba, KakJie (ibu yg celik IT), AzmanIshak (yang langsing bak sekeping papan), Munirah (yang malas menulis tetapi rajin berbalas komen di blog ini) dan JejakTrend (yang selalu mengganggu harmoni kerja saya dengan menggunakan kotak hubungan di atas :D ).

ps: Was planning to write a funny post, hmm.. maybe tomorrow.

 

There are 48 Comments for “Mari Membuat ‘tag’ Dalam Bahasa Melayu!”

Web designer & web developer bahasa melayukah itu?

Reply to This comment


shandye replied #1

web designer = pereka laman sesawang

web developer = pembangun laman sesawang

eh… ada beza ke antara dua tu?

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Pereka jaring = web designer

Pembangun jaring = web developer

Itu tidak bole di-melayu-kan, kerana ia tidak tepat.

Reply to This comment


jipo replied #1

aku baru terbaca beberapa hari lepas penggunaan perkataan “sesawang” ni kat paper…mmg sedap didengar..
..”laman sesawang Noktah Hitam”..hmm.cool!


NoktahHitam replied #1

Adakah anda faham jika saya menyatakan saya seorang Pereka Jaring dan Pembangun Jaring? Pasti anda terfikir saya meraih pendapatan dari hasil tangkapan laut dalam. Walhal saya terlibat dalam arena perisian dan pengkomputeran.

Reply to This comment


bul4n replied #1

hahah..walhal?..sungguh lama tidak kudengar perkataan ini..
saya akan menjawab tag ini di hujung minggu…

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

It’s one of those words if you use for Penulisan, you get an extra mark :)


cik simpankira replied #1

:grin:

Pereka Jaring dan Pembangun Jaring?
Hahaha..
Aku rasa, nelayan pun pening fikir, apa ‘menatang’ ni..

Reply to This comment


bul4n wrote on July 14, 2009 #1

(bukan sahaja kacak, malah berbakat!) <– kenyataan ini sedikit mencurigakan.. bahagian ‘kacak’ itu.

saya juga tidak percaya orang tidak percaya anda bukan gay. (apa gay dalam Bahasa Melayu?)

nampaknya anda memang gemar membuang air besar. saya juga begitu. tetapi saya tidak bermain dam haji semasa membuang air besar. saya melayari Mukabuku atau belog rakan-rakan, membaca melancarkan pergerakan bahan kumuh.

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Kacak, bukan jambu. Terdapat perbezaan antara kedua kenyataan tersebut.

Gay = lelaki songsang :D

Kegemaran tersebut sejak saya dari kecil lagi. Saya pun sudah lupa. Setiap hari mesti sekali.

Saya bukan tidak mahu melayan MukaBuku ketika di ‘pejabat’, saya rasa tidak dapat menumpukan perhatian dengan baik di kala itu. Pasti akan terlepas baca status serta kertas kajang sahabat handai.

Reply to This comment


cik simpankira replied #1

kertas kajang sahabat handai?

apa tu?

Reply to This comment


linie replied #1

saya juga tidak percaya orang tidak percaya anda bukan gay. (apa gay dalam Bahasa Melayu?) <stuju! :P

kertas kajang – lama tak dgr menatang alah tu. hehehe.


NoktahHitam replied #1

Friend’s notepad


cik simpankira replied #1

ohhhh~~


bongkersz wrote on July 14, 2009 #2

no wonder laa terer main dam! adakah main dam haji sambil buang air besar satu cara yang perlu saye aplikasikan utk mentererkan skill saye wahai encik beloger?

p/s : thank God, you cant carry your laptop masok toilet. kalau tak…. :roll:

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Usah tertipu cik Syazween. Permainan dam melawan komputer tersangat senang. Saya selalu mengalahkan komputer dengan purata baki 6 buah. Paling baik, 9 buah. Komputer tersangat sayur saya kerjakan. Saya berharap satu masa nanti ada perisian jauh lebih hebat dari perisian yang sedia ada.

Saya bukan mahu berlagak, tetapi saya pasti, saya handal bermain dam dari kecil lagi kerana didikan dari orang tua saya.

ps: It is possible though. The wire is pretty long :P

Reply to This comment


aween wrote on July 14, 2009 #3

Oh sungguh berkeyakinan encik beloger kita ini. Bagus-bagus, nah aiskrim untuk awak.

Purata awak mengalahkan saya paling teruk adalah 3 biji kan? Itupun apabila saya sengaja bagi can buat-buat tidak handal. Hehehe :razz:

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Jujur saya katakan, awak boleh mengalahkan saya. Yang tinggal di bahagian awak adalah kedudukan saat terakhir dalam perlawanan ,tidak begitu terancang.

Reply to This comment


aween wrote on July 14, 2009 #4

Apabila membaca dari posting sehinggalah ke comment, terasa seperti membaca buku cerita melayu sahaja. Oh peperiksaan.

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Anda pasti terhibur menggunakan kosa kata sebegini. Mengimbau kembali zaman sekolah :)

Reply to This comment


cik simpankira replied #1

Gila lah NH.
Penggunaan kosa kata kau, memang menakjubkan.

HAHAHA..

Reply to This comment


buellart wrote on July 14, 2009 #5

apekah blog dalam bahasa melayu ye..??

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Blog adalah kata nama khas yang berasal dari Web + log, dalam erti kata lain, catatan digital. Ia diasaskan pertama kali para web designers yang ingin berkongsikan teknik untuk menggunakan HTML. Setelah beberapa tahun, weblog meletup-letup, seraya dipendekkan nama bagi memudahkan sebutan.

Reply to This comment


nikillas wrote on July 14, 2009 #6

muahahahaha.. pecah perot aku bace tag nko ni bro,
hadoi ai… ok ok.. agak berminat dengan tag kali ni.

so aku copy dan draftkan dulu. panjang giler. aku pon
dah lame tak buat tag. rindu plak.

P/S:- hampes bleh kate aku sekeping papan… hahaha

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Kau jugak cakap ko kurus kering :grin:

Reply to This comment


Azman Ishak wrote on July 15, 2009 #7

wah terhibur juga aku membacanya. rancak juga cik eddy berbahasa melayu. ha3.

syabas!

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Aku selalu menulis coretan tentang kisah ghaib dalam bahasa Melayu. Tetapi, penulisan ini bukanlah untuk tatapan umum.

Reply to This comment


megat wrote on July 15, 2009 #8

suke betul kamu dgn perkataan berak itu.. :lol: :lol:

Reply to This comment


lydiarayyan wrote on July 15, 2009 #9

Mungkinkah kata carian ‘berak’ akan menyebabkan blog ini berada pada kedudukan teratas?

Mari cuba.

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Istilah yang digunakan di sini adalah Buang air besar, bukan berak.

Reply to This comment


PakciQue replied #1

Oh! Salah sudah.

Reply to This comment


PakciQue wrote on July 15, 2009 #10

Kak Jie?

selalunya, Kak Jie tak jawap tag
dah basang ‘anti tag’ dlm database ..hehe

tapi bukan senang encik NH nak menulis dalam bahasa melayu lengkap dan nahubahasa yang indah seperti ini, Kak Jie tersentuh hati dan tak sampai hati untuk menghampakan…
:p

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

nahubahasa! Hohoho. Sudah lama saya ketagihkan penulisan sebegini. Saya harap dapatlah serba sedikit mengilap semula bahasa Melayu saya serba sedikit. Maklumlah, bila bekerja sendiri, bahasa yang biasa digunakan adalah Inggeris.

Reply to This comment


doyot replied #1

NH, yg ini saje di typo kan atau tersilap “Tidak mengapa, saya cuba, KakJie (ibu yg cilik IT),” –>cilik IT ke celik IT..sebab setau saya cilik tu maksudnya kecil..hehe.. :lol:

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

ahhh!! Celik celik celik! Silap, kene tukar.


bul4n replied #1

mengilap juga salah..menggilap!

Reply to This comment


Kujie wrote on July 15, 2009 #11

saya pun rindu mak saya.
:XO:

Reply to This comment


aishah wrote on July 15, 2009 #12

Haha. aku fail sume board game. paling reti pun Saidina je. Haha.

Reply to This comment


abdusfauzi wrote on July 15, 2009 #13

k lah .. nanti ade masa gua tag lah !! hehe ..

Reply to This comment


eldy wrote on July 15, 2009 #14

bro nape byk tentang berak nih.. wakakaka… klakarnya… waktu aku tulis komen ni mesti ko tgh berak agi kan.. hehehe…

Reply to This comment


Kill-Vearn wrote on July 16, 2009 #15

link utk kak jie salah tu

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Sudah di betulkan :)

Reply to This comment


Kujie wrote on July 16, 2009 #16

[...] berangkai dan tiba kesini melalui saudara Azman. Dan melalui beberapa destinasi melalui saudara Eddie dan saudara [...]

berak itu nikmat.

sesungguhnya, orang macam aku, kurang berak. mungkin salah pemakanan.

demn.

Reply to This comment


abdusfauzi wrote on July 17, 2009 #18

hehe. memang nice! :grin:

indahnya bahasa melayu :smile:

Reply to This comment


alone wrote on July 18, 2009 #19

bagus bahasa anda NH, seperti kawan blog kamu bong.huhuhuhu :up:

Reply to This comment


teecey wrote on July 18, 2009 #20

haha…sungguh menarik tag Bahasa Melayu ini :smile:

Reply to This comment


hafiz wrote on July 22, 2009 #21

cm nerw nk tukar kt tagged drpd bhse siam ke bhase melayu…ari 2 trslp tekan bhse siam…ntah cm nerw leyh tekan kt bhse 2…plzzz help me…cm nerw???

Reply to This comment


adk zatiey wrote on March 16, 2010 #22

Leave a comment, I won't bite ;)

feed for comments on this post.

Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.