Mari Membuat ‘tag’ Dalam Bahasa Melayu!

It’s been a while since I played the tag game, what more, in Malay. This is a continuity from Bong’s blog. Time polish my rusty ‘tatabahasa’.

Syarat-syarat :

  1. ‘Tag’ dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
  2. Tag orang yang telah men’tag’ anda
  3. Tag orang yg anda mahu tag.

0. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
Buang air besar sambil bermain dam haji di dalam telefon bimbit.

1. 2 jam yang lalu?
Menghantar Encik S ke hentian Duta dalam keadaan traffik yang amat mendukacitakan kerana semua bergegas pulang dari kerja. Mujur ada DUKE, 15 minit sahaja masa perjalanan yang diperlukan untuk sehala.

2. Anda suka – Buang air besar sambil bermain dam haji di dalam telefon bimbit.

3. Minggu lepas – Pon sama, buang air besar sambil bermain dam haji di dalam telefon bimbit.

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali

5. 3 binatang yang anda tak suka

  • Nyamuk, kerana selalu mengganggu saya membuang air besar.
  • Lipas, kerana  suka bermain “aci-cak” ketika saya membuang air besar.
  • Lalat, kerana saya memang tidak suka.

6. 5 fakta tentang anda

  • Saya gemar membuang air besar, anda pun sama.
  • Saya sering diganggu oleh jejaka-jejaka gay.
  • Saya gemar berlari sambil memerhatikan langit bertukar warna.
  • Saya tidak suka bergaduh mulut, bertumbuk lagi mudah.
  • Saya seorang jahat dan nakal.

7. Tahun depan mungkin – Saya pusing satu Malaysia dengan motorsikal hebat, merantau ke pekan-pekan terpencil sambil bergambar bersama warga tua. Saya juga mungkin menyambung pembelajaran saya ke tahap lebih tinggi. Dan paling penting sekali, membuang air besar sambil menyelesaikan Sudoku (masih tiada permainan Sudoku yang baik untuk Symbian, mungkinkah saya buat sendiri?).

8. Saya tak reti – Memujuk orang tetapi saya akan cuba sehingga berjaya, kerana saya tidak kenal erti putus asa.

9. Saya pandai – Bermain dam hasil dari latihan berbulan-bulan (sejak dipasangkan dam di dalam telefon bimbit). Saya juga pandai membuat kek. Tetapi sejak beberapa tahun lalu, saya malas untuk mencuci dan menyimpan perkakasan.

10. Kawan saya – Wajib didahulukan sebelum saya.

11. Saya ada – Hati dan perasaan, tetapi tidak tahu ke mana hendak ditujahkan.

12. Saya seorang – Web designer dan web developer yang berbakat tetapi malas. Terkadang terasa menyesal kerana berhenti dari bidang kejuruteraan yang jauh lebih lumayan. Tetapi, wang bukanlah segalanya.

13. Adik saya – Mahu berkahwin bulan depan dengan seorang pembaca tegar blog ini. Saya sudah mula pening kepala memikirkan soalan mengenai giliran saya pula.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)

  • Makan, kerana ini keperluan.
  • Bernafas, ini juga keperluan.
  • Tidur, ini sangat diperlukan dan digemari.
  • Emak saya.

15. Bilakah pertama kali anda bercinta?
Bila saya keluar dari perut lalu membuka mata melihatkan emak saya.

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda – Saya bukan seorang gay.

17. Saya rindu – Emak saya, walaupun beliau di tingkat bawah sambil melosohkan kepenatan bekerja sepanjang hari .

18. Saya tak sabar – Untuk menyiapkan kerja-kerja bertangguh saya.

19. 5 laman yang anda selalu layari:
Sama seperti anda, NoktahHitam, Gmail, Youtube, RasyanFikir dan Facebook.

20. Siapa yang anda mahu tag?
Ada terdetik perasaan ingin men’lencana’kan orang, tetapi tidak pasti sama ada mereka sudi atau tidak. Tidak mengapa, saya cuba, KakJie (ibu yg celik IT), AzmanIshak (yang langsing bak sekeping papan), Munirah (yang malas menulis tetapi rajin berbalas komen di blog ini) dan JejakTrend (yang selalu mengganggu harmoni kerja saya dengan menggunakan kotak hubungan di atas 😀 ).

ps: Was planning to write a funny post, hmm.. maybe tomorrow.

48 Replies to “Mari Membuat ‘tag’ Dalam Bahasa Melayu!”