Manager Baru

“Esok aku nak tengok slides tu”..

“Slides apa?” aku tanya semula.

“Kita ada diskusi hari tu”. Dalam hati ini berapi bagai lava meleleh keluar volcano, sungguh mudah kau outsource kerja-kerja. Mentang-mentang manager baru.

Aku korek lebih mendalam, “untuk apa proposal ni?” Yara-yara, ringkas dan merata-rata ungkapan keluar. Aku bukan tidak suka membantu orang, tetapi kalau sembang kemas, tetapi tiada arah, sama macam penjual kereta terpakai yg serba serbi tahu dan kenal satu Malaysia.

Aku cukup pantang buat perkara yang tidak bermanfaat, ibarat menembak dengan senapang patah, peluru berserpihan, semua kena tetapi satu pun tak mati. Aku lebih suka menjadi snipper, tilik dalam diam dan tembak bila perlu.

Kau manager baru, aku orang lama. Dipisah pangkat dan darjat, aku pak turut sahaja.

Published by

NoktahHitam

I am web developer, who's main concern is to save the trees. Nonetheless

2 thoughts on “Manager Baru”

  1. Sudah agak lama tidak membaca karangan kau dalam Bahasa Melayu. Siap dengan perumpamaan juga. Berkali-kali aku ulang baca untuk memahami dengan lebih lanjut.

    Persoalan yang masih bermain di benak fikiran aku adalah, “Slides apa?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *