Kisah Seram Order Tengah Malam

Kisah ini berlaku ketika aku menuntut di sekolah berasmara berasrama penuh pada tahun 2000.

Aku seperti biasa, tidaklah nakal, tidaklah baik sgt, orang selalu menggelarkan aku, “eddie gile”. Dalam kegilaan aku, aku tetap study sampai pukul 3 pagi tiap2 hari (dan bgn 630pg eh). Berpakaian shorts sahaja, aku sering ditegur oleh warden2 yg buat rounding, mahu pujian ataupun desakan menyuruhku tido, aku berkeras tiap hari utk menyekang mata, tekad utk belajar dan berjaya dalam SPM.

Pada suatu malam, aku berasa sangat lapar kerana skip makan malam dining hall. Aku membuat pencatuan bersama kawan2 se-dorm. Aku cuma perlu cari 5 order untuk dapatkan percuma satu. Aku target yg percuma je. Setelah dikutip order, aku membuat placing order di pondok telepon berhampiran. Ok, amek kol 245am, kata che nah, kedai makan tepi station keretapi.

Tepat pukul 240am, aku pergi mengejutkan member ku, Kenet untuk menemaniku ambil order melalui kawasan gelap belakang sekolah. Kenet bangun sambil mengosok mata, seraya berkata, kejap aku gi toilet jap. Kerana sifat malas, aku melompat keluar tingkap menghala ke rendezvous point berseorangan sambil menggaru perut yg lapar.

Kenet muncul dari hujung jalan sebelah kanan, memang itu arah toilet. Aku menghampirinya dan berjalan seiringan. Untuk memecahkan kehinangan malam, aku membuka cerita pasal ketidakpuashatian aku terhadap management sekolah. Berkumat kamit aku bercerita, kenet mengangguk tanda setuju. Aku tau die mamai, so biarlah die tak reply pon takpe.

Kerana takut jumpe warden, aku masuk tunggu di dalam bas usang di belakang sekolah bersama Kenet. Suasana sungguh gelap, namun aku tidak risau, aku ade Kenet yg terkenal dgn ke-otai-annya. 10 minit kemudian, muncul mamat runner tu, sambil melambai2 kt aku. Lantas dgn perasaan gembira, aku berlari keluar bas mencapai order tersebut dan membuat pembayaran.

Baru je nak blah, aku teringat Kenet masih di dalam bas. Kelihatan dari tingkap Kenet sedang nyenyak tidur bersandar kt tingkap. Pang-pang-pang, aku ketuk body bas utk mengejutkan Kenet. Kenet terjage lalu mengangkat jari telunjuk ke bibirnya, menyuruhku diam skit.

Sekali lagi, kerane takut warden, aku membuat pemantauan simple, OK line clear. Kite bole lari balik dorm. Kenet pada ketika itu sudah turun dari bas, berada di sisiku. Aku berlari anak tanda tak sabar nak pelahap nasi goreng daging merah dengan teh ais sejuk lesi.

Separuh jalan, aku nampak silhouette makhluk pendek dari cahaya tingkap dorm ku. Aku mengira dari kiri, kemudian dari kanan, untuk confirmkan ini tingkap aku. Betul-la ni tingkap aku, tetapi apsal Kenet ade kat tingkap aku? Aku pusing ke belakang dan kelihatan Kenet sedang dgn machonya berjalan ke arah dorm dari bas. Shit! Mane satu Kenet betul ni?

Aku tetap maintain, name pemain rugby kan, mesti kene control padahal rase macam nak lari 100m olimpik je. Kalau lari, mau terburai nasi2 tu. Aku perlahan2 menghampiri tingkap aku, dalam hati ku, biarlah ni Kenet tipu pon, janji aku sampai dorm aku. Dengan tangan penuh dengan order, aku menyuruh Kenet ke tepi, eceh, mesti tunjuk skill aku boleh lompat masuk tanpa memegang apa2.

Aku masuk je dorm, aku terus ke katil aku.. apa lagi terus selubung. Kenet tecengang dgn tindakan aku, die terus duduk di sudut katilku. Dalam selimut ketakutan bersama order2, aku membaca 3 Qul. Setelah selesai, aku perhatikan Kenet ikut sipi2 selimut, Kenet masih di situ sambil membace komik Wira Tunggal, muke bengkek je. Kenet bertanye, apsal ko tak tunggu aku Eddie? Kan aku cakap aku nak gi berak dulu.

Pada ketika itu, budak lain pon dah terjaga, termasuk Iqhbal katil atas aku kerana bau Nasi Goreng Daging Merah. Mereka menghampiri katil ku, lalu aku menghulurkan order tersebut dari celahan selimut aku. Aku jugak menyuruh Iqhbal makan aku punye share, esok bayar balik. Aku terus tido dalam keadaan lapar sampai esok pagi (kesian wa ckp lu).

Pagi esoknya aku menceritakan kisah aku kepada Kenet. Kenet Otai, memesan kepada ku, lain kali Eddie kite pergi amek 3 org. Sejak dari hari itu, Mae atau Yam (atau sesape je) akan menjadi orang ke-3. Sejak dari hari tu, setiap kali aku makan nasi goreng daging merah, aku akan terigt kisah ni.

Published by

NoktahHitam

I am web developer, who's main concern is to save the trees. Nonetheless

39 thoughts on “Kisah Seram Order Tengah Malam”

  1. kisah sebegini penah terjadi jugak masa time aku form one dulu.. gila meremang bulu roma.. ko bajet tu hantu spesis apa??

  2. ed-ku sure wouldnt let me down w his promises =)
    Wpun ni cite hantu..im supposed to be scared kan but i cant help but smiled..hehe i baca ni first thing after subuh b4 p class..part perasan ada 2 Kenet tu yg menakutkan, what if kenet tipu was already beside u time tu..xleh terima..

    i ni kalau experience mcm tu, rasa seram tu lambat sikit dtg coz i blur mule2 and later im still glad coz dia x kacau i. Tapi kalau i heard sound or voices when im mumbling to myself..itu agak seram la. one night, i thrilled baca texts at around 3am(biasa la kan)..i whispered to myself “hihihi, kelakar la..” immediately ada perempuan gelak as if to show that she agreed that its funny! mmg tak tenang la hidup time tu..thinking that she’s somewhere near.. there were some incidents that happened but they were only scary when i realized them after a while so there’s not much i can claim to be really scary..

  3. Ada jugak yang rindu kat hantu…

    Teringat masa form 5 dulu. Konon2 lapar arr masa tu, cari MAGGI. Masa aku tengah tadah air panas kat water heater tu, member baik aku, Awez lalu, berjalan dari dorm menuju ke blok kelas.

    Aku tanya nak gi mana, study katanya. “Rajin ko Awez, kul 1 gi study.”

    Tup tup aku naik dorm, si Awez ada tengah tukar baju siap2 nak tido, sambil tanya aku, “ko dari mana Mam? study ker? Rajin ko, kul 1 baru balik,” hampeh!

  4. sebenarnya yang cakap “ko dari mana Mam? study ker? Rajin ko, kul 1 baru balik,” tu yang sebenarnya JELMAAN… sebab dia dah hafal hape ko cakap kat orang yang dia tiru tu..

  5. I still owe 2 kan? Will write about it lagi nanti.

    Kelakar? hahaha. I didnt want to scare people dgn ayat2 suspense, so I masukkan element of kelakarness. Glad you liked it.

    BTW, whos’ the girl reading this comment over your shoulder?

  6. dah sekolah tuh started 1905. mestilah banyak giler hantu-hanta dalam tuh. batch kitaorang pun ader hantu yg paling glamer. menghantui selama 2 tahun circa 90-91. all year round. hampeh je. hehehe

  7. you!! dont mention any hantu in my area, they’ll get excited 😛

    oh psl kak ram tu, i slalu dengar from u guys but not the whole story la..its always been mere intro and later xde org nak cerite..
    what’s up abt it?

  8. budak2 baru (late 90s to early 00s) tatau la cite pasal kak Ram, you have to ask the old MCOB. but this is what I gathered, when Kak Ram flies in the sky, the sky went dark and gloomy as ever.

    Baru mention skit pasal kak Ram, dah cold sweat dah ni. In, seriously ape blakang you tu?

  9. why dgn ed-ku pun i dpt intro part je..incomplete story..hehe mcm i berani sgt..btw please dont say things like to scare me..belakang, bawah katil, luar tingkap agak sensitif la..you know im most probably be reading this at odd hours and alone in my room..sibuk je dia ngan hantu kat tempat i :p

    dah, cerita pasal kak ram tu ok?

  10. masa dok hostel dulu, ada org pernah nmpk aku kat bilik air tgh2 mlm.. sdg membasuh baju..sedangkan pada waktu itu aku sedang sedap tdo.. (org u tny aku keesokan harinya..)

    aku x ckp kat kwn2 aku, yg tu bukan aku..(sampai skang,)…. sbb aku xmo diorg takut.. dan aku pon takut..

    ampeh betul antu tu..apsal nak tiru rupa aku??

  11. aku rasa ko suka hantu tu kan? pastinya mok kawin ngan ko .kalau ko kawin ngannya , jangan jemput aku sebab ……. aku takutkan hantu….lari………………………..

  12. ko tolong hantar kan gambar2 yang ko rasa lawakya……. aku pun mok nanggar juak….hahahahahaha

  13. ala .. kat sekolah dulu 2 ..90an ya…kat mana mana sekolah lah ……… mun sik faham, hantar email kat aku ……… aku gerenti balas puny a……..jangan lak ko sangka yang aku ni memperbodohkan kau….sebab aku ada banyak kisah yang ko mok tau ya… cerita lawak bodo bah.. cerita hantu bah……… jangan lupa ,ok?

  14. dah sah hantu ya bodo ……… sebab nya tiru rupa ko …eh, betul ke apa yang aku cakap ni?????????????? kalau salah tolong betulkaan ok?

  15. korang tok ……aku ajak yang banyak hantar ….komen2…tolong kerjasama sikit leh sik? sebab apa yang penting ………….kerjasama..!
    mun ada kerjasama , barulah best sebab sama 2
    komen.. bah………..

  16. BIASA ARR MCKK DAH LEBIH 100 TAHUN.AKU DENGAR, KAT CTU ADA BDAK MATI KENA RAGGING. BETUL KE ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *