Janji Ditepati – Tema Merdeka 2012

Aku tak pasti ahli politik kita ni betul ke tak betul, “Janji Ditepati” di pilih sebagai tema Merdeka untuk tahun 2012. Pendek kata, apa yang dorg merepek ni?

Seriously, seingat aku takde plak dorg janji ape2 dgn aku? Rumah? Potongan cukai? Belanje makan kat Chili’s? Takde, takde satu pon aku dijanjikan apa-apa. Yang mendapat tempat ialah golongan pendapatan rendah dan tinggi, tengah-tengah ini, dorg buat dek je.

Janji Ditepati, puas aku pikirkan, isi tersiratnya masih belum berjaya dikupas. Bukankah sebaiknya menggunakan slogan yang berunsur patriotik seperti tahun-tahun sebelum ini? Maaflah, aku ini aliran sains, bukan aku yang pilih tapi Che Det yang paksa, jadi bab sastera ni, aku sangat blur walaupun dapat A1 masa SPM dulu-dulu.

Sambutan Merdeka? Cukup sekadar sujud syukur.

4 Replies to “Janji Ditepati – Tema Merdeka 2012”