Closing Sales, Bengkel

Bengkel kereta pandai jual “fear”.

“Abang, kalau bawak lama-lama tayar panas nanti meletup, abang kena tukar tayar”. Pandai dia guna ” fear” technique.

Kalau dia cakap sebegin ni pada wanita,  hatinya mesti dah 50-50 untuk tukar tayar.

Aku pernah dengar kisah tukar brake pad, padahal masih ada ½ inci lagi. Boleh la tahan lagi. Tak salahkan wanita, dorg mana tahu perkara teknikal sebegini.

Tokey ni cuba lagi untuk cross sell, “kalau tak tukar tayar, bahaya untuk anak. Kalau meletup masak drive, kereta confirm terpusing”. Perghh, dah macam filem Michael Bay.

Aku hanya senyum kambing. Aku bertanya kepada sendiri, apakah ayat yg sedap membuat aku rasa untuk tukar tayar?

1. Sekarang musim hujan. Jalan licin.

2. Sekarang musim panas, nanti tayar panas. Michael Bay arguement balik.

3. Kalau tukar tayar, sedap layan drift. – tapi ini kereta lama, power pon tak de.

4. Kalau abang tukar harini, saya bagi 50% off.

5. Kalau abang tukar tayar harini, saya service kereta free je.

Aku lebih tempted ke option 4. Ada banyak lagi teknik untuk close sales tapi ini sahaja yg dapat difikirkan. Untuk kereta lama/usang yg hanya diguna untuk ke LRT, memang agak susah nak cari titik kelemahannya.

Published by

NoktahHitam

I am web developer, who's main concern is to save the trees. Nonetheless

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *