Manifesto Barisan Nasional 2008 (Ekonomi) Part 1

Kita semua tahu tentang AKUJANJI Manifesto oleh BN. Mana tak nya, semua media dia pukal iklan. Tetapi, adakah BN benar-benar tunaikan janji? Jika kita rujuk kepada manifesto BN pada tahun 2008, saya dapati banyak manifesto tidak mempunyai ukuran yang mudah dibuat.

manifesto2008

Manifesto BN 2008 ada 7 kategori.

  1. ekonomi
  2. keselamatan
  3. urus tadbir kerajaan
  4. pendidikan
  5. pembangunan
  6. perkhidmatan awam
  7. agama

Oleh itu saya akan pecahkan kepada 7 bahagian supaya lebih mudah untuk dibaca, difahamkan dan ditulis.

Ekonomi

1. Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu.

Mungkinkah melalui BR1M? Tetapi barang masih lagi naik. Harga ayam pada tahun 2008, RM 5.30 per kg. Tahun 2013, RM 7.40 per kg. Kenaikan sebanyak 40% dalam masa 5 tahun. Secara purata 8% kenaikan setiap tahun. Dan tahukah anda, harga ayam bukan lagi barangan harga kawalan sejak 2008? Tak apa, saya bukan suka makan ayam pon.

Cuba kita lihat sekeliling kita, harga barang naik terlalu tinggi saban hari. Beras 2008, RM 16.50 bagi 10kg. Pada 2013, RM 36 bagi setiap 10kg. Roti Gardenia pon naik, dulu RM 1.90 sekarang RM 2.40.

Keputusan NH: Janji DICAPATI kerana harga barang terus meningkat dan golongan pertengahan terus tertindas.

2. Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun.

Susah untuk dikira kerana janji yang dibuat agak “motherhood” atau umum. Buat masa ini, terdapat lebih 1 juta syarikat dan hampir 5 juta perniagaan berdaftar bersama SSM. IKS adalah pendek untuk Industri Kecil dan Sederhana. Mungkin sumber data boleh diperolehi dari SMIDEC.

Keputusan NH: Tiada komen.

3. Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun.

Pada tahun 2013, ada 12.85 juta rakyat berkerja dengan kadar pengangguran 3.3%. Pada tahun 2008, 10.65 juta rakyat bekerja. Sekali pandang, ya, memang BN telah menyediakan 2 juta perkerjaan, namun MUTU yang dimaksudkan di sini masih lagi diragui kerana GDP per capita pada 2008 adalah USD 15.2k berbanding USD 15.8k pada 2013. Kenaikan USD 600 (RM 2,000) adalah sebanyak 4% dalam masa 5 tahun. Pendek kata, harga ayam naik lagi laju dari gaji. Oleh itu, marilah kita jual ayam.

Mari bandingkan dengan jiran kegemaran kita, Singapore. USD 51.5k pada 2008 dan USD 60.5k pada 2012. Rujuk kepada jadual untuk Indonesia dan Thailand.

Banding Indonesia, Singapore dan Malaysia

Negara lain bangkit dengan kadar 2 digit, Malaysia hanya 4%, 1% setiap tahun. Ini kerja gila. Inflasi yang ditulis Bank Negara adalah sebanyak 3% setahun.

Keputusan NH: JANJI DICAPATI perlu focus kepada perkataan “pekerjaan bermutu”, malangnya pekerjaan kita tidak bermutu.

4. Mengurangkan lagi defisit fiskal negara.

Pada tahun 2008, jumlah hutang negara RM285 billion, termasuk domestik dan luar negara. Manakala 2011, hutang negara berada pada RM 456 billion. Walaupun banyak pendapat mengatakan ini dapat diimbal-balik dengan GDP, hakikatnya, jumlah hutang tidak masuk akal. Ini juga bermakna, bagi setiap rakyat Malaysia, hutangnya adalah sebanyak RM 16,800 (jumlah 28 juta penduduk).

Namun begitu bajet atau nama Melayu nya, belanjawan, langsung tidak mencerminkan keinginan untuk membayar hutang tersebut. Sebaliknya kerajaan terus berbelanja lebih dari pendapatan negara. Ini bermakna, kita terpaksa mengambil hutang bagi menampung perbelanjaan. Jadual di bawah adalah Belanjawan bagi negara ASEAN lain pada 2012.

Screen Shot 2013-04-22 at 5.38.34 PM

Mengikut jadual di atas, negara paling boros adalah Malaysia. Oleh itu, sudah terang kerajaan yang dibentuk BN tidak menepati janji untuk melunaskan/ mengurangkan hutang negara. Secara langsungnya, cucu cicit kita yang akan menanggung hutang ini.

Keputusan NH: Janji DICAPATI

5. Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi

Koridor yang dimaksudkan adalah pembangunan lima wilayah koridor ekonomi iaitu di Johor (Iskandar Malaysia); Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak (NCER); Terengganu, Pahang, Kelantan dan Mersing, Johor (ECER); Sabah (SDC) dan Sarawak (SCORE). Sandaran tentang bukti pembangunan adalah mudah, bukti melalui Progress Report kerana ini adalah pelaburan duit rakyat, maka perlulah menyediakan report. Lagipun sudah 5 tahun, maka perlulah ada sesuatu yang dapat ditonjolkan.

Jika projek berbillion sebegini tiada report, kenapa kita harus terus mencurahkan duit ke dalam ‘black hole’? Lebih baik focus kepada pembangunan lain. Namun jika kita buka satu-satu website koridor ekonomi ini, kita dapat lihat pelan dan rancangan mereka. Mungkin kerana mereka ini golongan lambat sikit nak faham, oleh itu ambil masa lebih sikit.

Part hartanah ni aku dah malas sikit, sebab perlukan pemahaman tentang GDV. Ini akan meng-over-drive-kan otak.

Keputusan NH: Janji ATAS PAGAR

Rumusan

Sepanjang tempoh 5 tahun dibawah pemerintahan BN

  • 1 Janji ATAS PAGAR
  • 3 Janji DICAPATI
  • 1 tiada komen kerana tiada bukti.

ps: Beringatlah, antara sifat munafik adalah mungkir janji. Apa pendapat korang?

 

There are 15 Comments for “Manifesto Barisan Nasional 2008 (Ekonomi) Part 1”

kesimpulannya..memang BN berjaya mengayamkan rakyat.

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Ayam goreng itu sedap.

betul betul betul kata ipin

Reply to This comment


samad wrote on April 22, 2013 #1

Salam. terbaik bro. ini yang kita perlukan..

harap bro buat analisa manifesto dari pihak BA.. tahun 2008 belum jadi PR lagi kan.

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

pihak BA tu apa?

Saya cuba sehabis baik. Mungkin kalau boleh perbaiki lagi, sila tinggalkan cadangan 😉

Reply to This comment


myadlan replied #1

BA tu ialah Barisan Alternatif. Dulu kan PKR & PAS bergabung time 2008. Lepas menang tu, baru diorang join dengan DAP jadi Pakatan Rakyat.

Aku ada terbaca pasal NCER tu tak dapat dijalankan sebab pemimpin negeri2 utara dah bertukar seperti di Penang dan Kedah.

Reply to This comment


myadlan wrote on April 22, 2013 #2

Gajah depan mata tak nampak Ed, tapi semut menyorok belakang batu di Batu Feringgi jelas kelihatan.

Reply to This comment


t.a.t.a replied #1

Kesimpulannya, mari jual ayam dan jual capati juga.

Reply to This comment


Aisyah replied #1

mari, mari. majukan agro malaysia. huhu

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Tanam cili kt belakang rumah


NoktahHitam replied #1

Mesti lagi kaya jual ayam. Tp kalau aku nak jual cincin. Sekali je terus jutawan.

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

Gajah tu gajah 2D mmg susah nak nampak

Reply to This comment


t.a.t.a wrote on April 23, 2013 #3

terima kasih kepada “Bapak Lambat Nak Bubar” atas janji manismu itu…
ini kalilah perlu UBAH…

Reply to This comment


NoktahHitam replied #1

INI KALILAH!!!

Reply to This comment


ejam wrote on April 23, 2013 #4

[…] adalah sambungan dari penulisan semalam. Kali ini berkenaan Barisan Nasional Manifesto 2008 yang berkisar sekitar […]

good article indeed , at least you are comparing with facts and figures. It is good for first time voters or those who are ‘in the fence’ voters.

Reply to This comment


prasys wrote on April 24, 2013 #6

Leave a comment, I won't bite ;)

feed for comments on this post.

Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.