Aku Stress Gile

Pejam celik, pejam celik, jam sudah menandakan pukul lima lebih. Lagi setengah jam masuk waktu subuh. Patutkah aku paksa diri tidur atau pull an all-nighter, again?

Sudah berminggu-minggu aku tidur tidak lena. Banyak perkara terlintas di minda. Soal isteriku, kerja, impian dan juga hasutan perasaan. Kalau aku buat begini beberapa tahun lepas, pasti outcome  sangat menguntungkan. Kalau buat begitu, mungkin ada perubahan walaupun tidak ketara. Yang penting sekarang aku sudah memboroskan masa.

Wajah kawan-kawan berjaya terlintas di minda, memikul anak, memegang jawatan besar, ijazah sarjana, kereta yg awesome, rumah bertingkat-tingakat.. aku, apa aku ada? Mungkinkah pegangan aku selama ini salah? Ataupun aku bergerak terlampau perlahan sehinggakan sang kura-kura melepasi aku? Mungkin juga aku tidak se-hungry dulu?

Aku rasa sudah tiba masanya. Setiap yang bermula pasti ada penghujungnya. Setiap yang indah ada buruknya.

7 Replies to “Aku Stress Gile”