6 Tips Untuk Pengundi Kali Pertama

Bagi yang kali pertama hendak membuang undi, ada beberapa yang kamu perlu tahu.

1. Semak diri. Mudah sangat nak semak daftar pemilih. Pergi terus ke daftarj.spr.gov.my dan masukkan no IC. Pastikan anda hanya boleh mengundi di satu tempat sahaja. Kalau ada dua tempat, mungkin adalah pengundi hantu.

2. Kenal pasti siapa DUN dan Parlimen. Harus diingatkan kedua-dua lain orang. DUN untuk tentukan Kerajaan Negeri. Parlimen untuk tentukan Kerjaan Persekutuan.

3. Hadir ke ceramah. Benci macam mana sekali pon dekat sesebuah parti, dengarlah manifesto setiap calon. Bukalah mata, jangan jadi katak bawah tempurung.

4. Pastikan tempat mengundi. Tempat mengundi dan kawasan mengundi adalah 2 perkara berbeza. Selalunya tempat mengundi adalah di sekolah ataupun dewan. Kalau tak tahu, tanyalah jiran atau SPR terus.

5. Datang awal pada hari mengundi. Kalau datang lambat kena beratur tengah panas. Boleh jadi 2-3 jam. Kalau datang pagi, tak payah tunggu pakai payung. Tetapi dinasihatkan bawak kipas elektronik atau tangan, air dan penutup telinga. Kadang-kadang penyokong parti bersorak bagai gila di luar dewan.

6. Buang undi. Undilah mengikut kesesuaian calon. Jika anda tidak pasti siapa nak undi, jangan menyusahkan orang dengan merosakkan undi (pangkah 2 calon, tidak pangkah etc). Tak payah datang terus lagi baik.

Ingat, undi adalah rahsia kamu. Tak perlu kecoh satu kampung undi mana. Yang paling penting, janganlah buka aib orang. Ini soal masa depan, bukan masa lampau.

ps: Post sebelum cerita pasal website SPR yg hampeh. Nasib baik dorg pakai mini site untuk semakkan.

pss: Kalau ada tips lain silalah komen ok.

Published by

NoktahHitam

I am web developer, who's main concern is to save the trees. Nonetheless

4 thoughts on “6 Tips Untuk Pengundi Kali Pertama”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *